. 14/10
Kuching, 7th October 2025 – The Sarawak Rivers Board (SRB) conducted an engagement session with the Land and Survey Department Sarawak, Sarawak Region Marine Department, and Magna Focus Sdn. Bhd., a subsidiary of the Land Custody and Development Authority (LCDA), to coordinate compliance related to safety in sand and gravel extraction activities on rivers in Sarawak. Chaired by the Controller of the Sarawak Rivers Board, the session highlighted key matters pertaining to vessel registration compliance, safety of navigation, riverine traffic management, and environmental protection measures to ensure that extraction activities are carried out safely and in accordance with the laws and regulations set by the relevant agencies. Discussions focused on enhancing safety compliance and ensuring continuous coordination through inter-agency cooperation involving the Land and Survey Department Sarawak, Natural Resources and Environment Board (NREB), Sarawak Region Marine Department, Marine Police, and Royal Malaysian Customs to strengthen compliance monitoring and improve enforcement effectiveness. The session also discussed the requirement for a Marine Traffic and Risk Analysis (MTRA) study to assess navigational risks, vessel traffic patterns, and hazards for all extraction activities. The recommended mitigation measures from the MTRA study will guide agencies in monitoring safety compliance and assist contract holders in implementing necessary corrective actions. In his closing remarks, the Controller of the Sarawak Rivers Board emphasised the importance of joint efforts and shared responsibility between SRB, relevant agencies, and contract holders to ensure that all sand and gravel extraction activities are conducted safely, responsibly, and in full compliance with the law. He also reiterated the need for continuous monitoring and proactive engagement among all parties to safeguard navigation safety and the sustainability of riverine resources. The engagement session was adjourned at 4.40 p.m.
. 29/09
Tarikh : 22 September 2025 Tempat: Waterfront Hotel, Kuching Pada Mesyuarat Khas Jemaah Ahli Lembaga Bil.2/2025, satu majlis ringkas penyerahan cek pampasan insuran polisi Group Term Life kepada balu mendiang Encik Michael Anak Kebing iaitu Puan Shirley ak Buja yang telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad. Pampasan ini adalah salah satu polisi perlindungan yang disediakan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak selaku majikan di dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga hal-hal kebajikan para kakitangan termasuk Jemaah Ahli Lembaga dan juga sebagai persediaan di dalam membantu meringankan beban sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa mereka terutama ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga mendiang bersemadi dengan tenang. Penyerahan cek tersebut disaksikan oleh semua Jemaah - jemaah Ahli Lembaga yang hadir.
. 19/09
Please Click Here To View Album Lokasi: Pengkalan Feri Sibu & Dewan Lakis, Sibu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan di Sungai pada 13 September 2025. Program dimulakan dengan gotong royong membersihkan kawasan tebingan sungai dari Kampung Datu ke Kampung Hilir dalam kawasan DUN N.49 Nangka. Pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Annuar Bin Rapee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pendidikan dan Inovasi). Turut hadir ialah Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, bersama pegawai LSS dan pemimpin masyarakat setempat. Aktiviti ini disertai lebih 50 peserta terdiri daripada belia dan agensi kerajaan. Pada hari yang sama, di Dewan LAKIS, diadakan sesi ceramah kesedaran oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Kr. Raden Khairulzaman bin Raden Bustari, Ahli Majlis Perbandaran Sibu yang mewakili YB Datuk Dr. Annuar Bin Rapee. Seramai 150 peserta terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung (JKKK) dalam kawasan DUN N.49 Nangka turut hadir memeriahkan majlis. Program ini menerima sambutan menggalakkan, dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak akan meneruskan inisiatif seumpama ini bersama agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan sungai.
. 19/09
Please Click Here To View Album Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah berjaya menganjurkan Kursus Mate <500GT Domestic Voyage (Restricted – Sarawak Port Limit & Riverine Only) pada 10–11 September 2025 di Bakun HEP. Kursus ini telah disertai oleh seramai 43 peserta, terdiri daripada pemilik dan pengusaha bot yang beroperasi di sekitar Empangan Bakun dan Sungai Belaga. Inisiatif ini merupakan usaha LSS bagi memastikan semua pengusaha bot memiliki sijil kompetensi serta mematuhi aspek keselamatan ketika menjalankan operasi di sungai. Penganjuran kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat, malah terdapat permintaan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my