. 15/12
Please Click Here To View Album KUCHING, 9th December 2025 – The Sarawak Rivers Board (SRB), led by the Controller, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Retired), together with senior officers, received a delegation from the Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) at the Sungai Sarawak Barrage, as part of the implementation of the Pelan Pengurusan Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Selangor (2022-2030). The Benchmarking Programme aimed to observe best practices and river management approaches implemented by SRB, particularly in river safety, activity regulation, enforcement, as well as river operations and traffic management. The LUAS delegation was led by Mdm. Haslina Binti Amer, Senior Assistant Director, River and Coastal Basin Management Division, LUAS, along with technical officers from relevant departments/agencies involved in the implementation of the IRBM Plan in Selangor. The official briefing was delivered by Lt. Col. Ding Tiew Wong (Retired), covering SRB’s role in supervising river operations in Sarawak, strategies for safety management and activity regulation, as well as an overview of the Sungai Sarawak Regulation Scheme (SSRS). The Benchmarking Programme provided a platform for knowledge and experience sharing between the two agencies, strengthening technical collaboration to enhance the effectiveness of integrated and sustainable river basin management. SRB expressed its appreciation to LUAS for the visit of the delegation and hopes that such strategic cooperation will continue in the future.
. 08/12
Please Click Here To View Album MIRI, 6 Disember 2025 – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Pengkalan Lutong bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memastikan sungai sentiasa bersih, selamat dan terpelihara. Program yang bermula pada jam 7.00 pagi disertai oleh penduduk kampung, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik, diikuti siri ceramah daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM), Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Curtin University Malaysia, yang memberi fokus kepada aspek keselamatan perairan, pemuliharaan biodiversiti dan pengurusan sungai secara mampan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna serta penyerahan cenderamata kepada para tetamu. Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS, yang membuat lawatan ke tapak pameran sebelum meninjau operasi pembersihan Water Hyacinth di kawasan sungai dari muara Sungai Miri hingga ke Jambatan Pujut By Pass. Lawatan ini menekankan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menangani isu tumbuhan akuatik yang menghalang aliran sungai serta menjejaskan keseimbangan ekosistem. Majlis perasmian penangguhan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS; Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS; En. Constantine Gerald David, mewakili Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak; KK Majanah Binti Yusope, Ketua Kampung Pengkalan Lutong; serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari kawasan Senadin. Program ini bertujuan memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam memelihara kebersihan dan keselamatan sungai, di samping menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam menjaga sumber air sebagai aset penting negeri Sarawak.
. 08/12
Please Click Here To View Album 29 NOVEMBER 2025, KAMPUNG SEGONG, BAU – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Segong telah melaksanakan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Adis Tiporang, Kampung Segong pada 28–29 November 2025. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta keselamatan sungai sebagai aset alam, sumber rekreasi dan warisan komuniti setempat. Program melibatkan lebih 200 peserta terdiri daripada penduduk kampung dan agensi kerajaan, dengan penceramah jemputan daripada Majlis Daerah Bau dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Antara pengisian program ialah gotong-royong pembersihan Sungai Adis, ceramah keselamatan, serta pengagihan lifebuoy kepada pengusaha resort dan homestay di sepanjang sungai. Majlis penutupan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) merangkap ADUN N.2 Tasik Biru. Beliau turut menyempurnakan acara pelepasan 2,000 benih ikan sebagai simbolik komitmen berterusan terhadap usaha pemuliharaan dan kelestarian sungai. Turut hadir ialah Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS; Encik Constantine Gerald David Anak Jonas mewakili Setiausaha Setiausaha Tetap MOTS; Encik Amy anak Mungga, Ketua Kaum Kampung Segong; Temenggong Bidayuh Atok Derop; dan Pemanca Robert Tom Juin. Program ini dijangka memberi impak positif terhadap pemeliharaan Sungai Adis selain mengukuhkan kerjasama antara komuniti, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memastikan sungai kekal bersih, selamat dan lestari.
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my