. 09/09
Please Click Here To View Album SIBU, 3 September 2026 – The Sarawak Rivers Board (SRB), in collaboration with Spartan Maritime (Sarawak) Sdn. Bhd. (Spartan), held a Stakeholder Engagement Session for the Navigation Study and Design of Aids to Navigation (AtoN) and Surveillance System Installation at Batang Rajang at the Conference Room, Sarawak Rivers Board Region II, Sibu Office. The session aimed to obtain valuable technical input, feedback, recommendations and future requirements relevant to the study. The session was chaired by the Controller of SRB and attended by a total of 28 participants comprising representatives from the Sarawak Region Marine Department, Rajang Port Authority (RPA), Tanjung Manis Port Authority (TMPA), Tanjung Manis Integrated Port Sdn. Bhd. (TMIP), LKIM Tanjung Manis, Natural Resources and Environment Board Sarawak (NREB), Department of Irrigation and Drainage Sarawak, Sibu Division, pilotage representatives and officers from SRB. Discussions focused on navigation routes, vessel traffic, navigation safety and operational challenges, covering existing and proposed AtoN, surveillance and communication systems. Among the latest key matters highlighted was the uncharted Kanowit to Kapit route along Batang Rajang, covering approximately 96 kilometers, which requires further consideration for navigation safety, with a proposed hydrographic survey to assess its navigational conditions. The engagement also identified the need for guidelines on vessel operations during extreme haze conditions and recommendations on river sections where pilotage services may be required, particularly at critical navigational areas such as bridges, to further enhance navigation safety and vessel traffic management within the Study area. The information gathered during the session will contribute towards the preparation of practical and comprehensive recommendations for enhancing navigation safety, improving vessel traffic management and supporting the sustainable development of riverine transportation within the Study area. SRB appreciates the cooperation and valuable technical input from all participating agencies towards the successful completion of this Study and the continuous enhancement of navigation safety within Sarawak’s inland waterways. The engagement session adjourned at 12.30 p.m.
. 17/08
Please Click Here To View Album 8 Ogos 2026, Song – Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai telah diadakan selama dua (2) hari di Rumah Jerukan, Teluk Jelapik, Katibas Hilir, Song, dengan anggaran penyertaan seramai 200 orang penduduk rumah panjang di kawasan sekitar. Program yang dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan, kebersihan dan kelestarian sungai ini melibatkan pengisian program pada hari pertama melalui sesi ceramah dan perkongsian kesedaran oleh beberapa agensi, termasuk Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Kapit), Jabatan Pengairan dan Saliran (Kapit), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kapit), Majlis Daerah Kapit serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Song). Majlis perasmian telah disempurnakan pada hari kedua oleh Yang Berhormat Encik Lidam Anak Assan, ADUN N.62 Katibas. Dalam ucapannya, beliau menyambut baik penganjuran program seumpama ini dan menggalakkan agar program kesedaran keselamatan dan kebersihan sungai dapat diteruskan pada masa akan datang. Menurut beliau, program sebegini penting dalam memupuk kesedaran orang awam, khususnya komuniti rumah panjang yang terletak berhampiran sungai, mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian sungai untuk kegunaan bersama dan generasi akan datang. YB Encik Lidam turut mencadangkan supaya kerjasama berterusan dapat diwujudkan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong pembersihan sungai pada masa akan datang. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap penyediaan keperluan keselamatan seperti jaket keselamatan serta penggunaan bot bagi memastikan aktiviti pembersihan sungai dapat dilaksanakan dengan lebih selamat dan teratur. Selain aspek kebersihan sungai, YB Encik Lidam turut menggalakkan penglibatan pemandu bot sampan dan bot penumpang yang masih aktif di kawasan Song untuk menyertai kursus keselamatan pengendalian dan pemanduan bot. Langkah ini dilihat penting bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran para pengendali bot terhadap aspek keselamatan di sungai, sekali gus membantu mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengguna sungai sentiasa terpelihara. Program ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai agensi dan komuniti setempat dalam memperkukuhkan kesedaran terhadap keselamatan sungai serta memelihara kebersihan dan kelestarian sungai sebagai sumber dan laluan penting bagi masyarakat setempat. Turut hadir Puan Phlomina Chura, Pegawai Laut selaku wakil Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Harry Bruce Edwin, Pegawai Daerah Song; pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai agensi, ketua-ketua kaum dan masyarakat serta tuai-tuai rumah.
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my