Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad selaku Pengerusi LSS di atas kejayaan menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (Doctor of Business Administration) (PHD) pada 11 Oktober 2025.
Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih, keazaman serta komitmen tinggi YB Pengerusi dalam memperkukuhkan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang diceburi. Pencapaian ini turut menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga Sarawak untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mendoakan agar YB. Dr Safiee Bin Haji Ahmad terus diberi kekuatan, kesihatan dan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab serta menyumbang khidmat bakti kepada rakyat dan negeri Sarawak.
Sekalung Tahniah dan Selamat Maju Jaya
Daripada
Warga dan Pengurusan LSS
11 Oktober 2025