News

 

LAWATAN KERJA PENGERUSI LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK KE PEJABAT LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK WILAYAH III, MIRI SERTA MEMBUAT TINJAUAN DI J.K.R. R.C

Posted on 07 Jun 2024
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Please Click Here For Next Photo

Tarikh: 5 Jun 2024 

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah III, Miri

Pada 5 Jun 2024 Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS telah berkesempatan melawat ke Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Wilayah III, Miri bertujuan untuk memahami pengoperasian, dan pengurusan serta mengeratkan silaturrahim dengan warga kerja LSS di Wilayah III, Miri.

Bersempena dengan lawatan kerja kali ini, taklimat aspek pengoperasian dan pengurusan berkaitan dengan warga kerja di LSS Wilayah III, Miri, telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pelabuhan Encik Mohammad Ariffin bin Haji Bujang. Di akhir taklimat, YB Pengerusi telah mengingatkan semua yang hadir agar menjalankan tugasan dengan amanah dan berintegriti tinggi. 

Lawatan diteruskan dengan melawat fasiliti waf kargo di J.K.R. R.C Wharf, Piasau Industrial Estate dan lokasi alat panduan pelayaran di Pulau Melayu, Sungai Miri yang dibawah seliaan LSS. 

Secara keseluruhannya YB Pengerusi berpuashati dengan aspek pengurusan dan pengoperasian di Pejabat Wilayah III, Miri. Beliau menegaskan agar prestasi ini hendaklah dikekalkan bagi memastikan kecemerlangan pencapaian  penyampaian perkhidmatan LSS kepada rakyat. 

Turut hadir dalam lawatan kerja ini Lt. Kol Ding Tiew Wong, Controller LSS, Puan Siti Norhanipaah Binti Roslan, Akauntan, Encik Muhammad Iftizam Bin Mohamad Suffian, Assistant Controller Wilayah III, Miri dan semua Ketua Bahagian dan Stesen LSS di bawah seliaan Wilayah III serta warga kakitangan LSS, Miri.



image Polls
image Announcement