Please click here for next photo
Tarikh : 21 Jun 2024
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Terminal Penumpang Sibu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah II, Sibu
Pada 24 Mei 2024 Yang Berbahagia Datu Wong Hee Sieng, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, MOTS telah berkesempatan melawat ke Pejabat Wilayah II, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Sibu di Terminal Penumpang Sibu bertujuan untuk memahami pengoperasian dan pengurusan serta mengeratkan silaturrahim dengan warga kerja LSS di Wilayah II, Sibu serta menyerahkan sumbangan-sumbangan tuntutan insurans dan ganjaran cuti rehat kepada isteri Allahyarham Encik Moris bin Michael dan waris Allahyarham Encik Salihi Bin Usop.
Bersempena dengan lawatan kerja ini, taklimat aspek pengoperasian dan pengurusan berkaitan dengan warga kerja di LSS Wilayah II, Sibu, kerja-kerja penyelenggaraan dan projek-projek peningkatan yang telah diluluskan pada tahun semasa yang telah disampaikan oleh Assistant Controller Wilayah II, Sibu, Cik Rashidah Binti Umar.
Setelah selesai taklimat, YBhg. Datu PS berkesempatan untuk menyerah sumbangan kepada isteri Allahyarham Encik Moris Bin Michael dan waris Allahyarham Encik Salihi bin Usop. Di akhir taklimat, YBhg. Datu PS telah mengingatkan semua yang hadir agar menjalankan tugasan dengan amanah dan berintegriti tinggi.
Secara keseluruhannya YBhg. Datu PS berpuashati dengan aspek pengurusan dan pengoperasian di Pejabat Wilayah II, Sibu. Beliau menegaskan agar prestasi ini hendaklah dikekalkan bagi memastikan kecemerlangan pencapaian penyampaian perkhidmatan LSS kepada rakyat.
Turut hadir dalam lawatan rasmi ini adalah Lt. Kol Ding Tiew Wong, Controller LSS, En. Teo Swee Ann, Head of Division, Riverine and Maritime Trasnport, MOTS, Encik Sam Anak Budi, Assistant Controller Teknikal, Puan Lee Siik Ha, Juruukur Bahan, Puan Norida anak Sipek, Pegawai Undang-Undang, Encik Mohd. Fadzli bin Noh, Penolong Pegawai Pelabuhan Sarikei, semua Ketua Bahagian/Station LSS di bawah Wilayah II dan warga kakitangan LSS, Sibu.