News

 

LAWATAN KERJA YB PENGERUSI KE PEJABAT LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK, BAHAGIAN BINTULU

Posted on 26 Jul 2024
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Please Click Here To Photo Gallery

Pada 22 Julai 2024, YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS, telah melawat ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Bintulu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami aspek pengoperasian melawat fasiliti dibawah seliaan LSS di Bahagian Bintulu.

Pengerusi telah melawat Terminal Penumpang Bintulu dan diberi taklimat ringkas dan seterusnya melawat ke fasiliti LSS iaitu waf kargo di R.C Passenger Ramps, Bintulu (Penambang), R.C Boat Ramps, Bintulu (Mini Feri) dan R.C Commercial Wharf, Bintulu. Bersempena dengan lawatan ini, YB Pengerusi telah menyampaikan jaket keselamatan kepada pengusaha bot penambang dan pengusaha mini feri. Beliau turut diberi taklimat pengoperasian pihak Proway Logistics Sdn Bhd yang menggunakan fasiliti LSS.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini Lt. Kol Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS, Encik Sam Budi, Assistant Controller (Technical Services), Cik Herlena Binti Lazemi, Penolong Pegawai Pelabuhan, Pejabat Bahagian Bintulu serta warga kakitangan LSS, Bintulu.


image Polls
image Announcement