News

 

PROGRAM PENDIDIKAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI KAMPUNG ENSUNGAI, MEDAMIT, LIMBANG

Posted on 10 Aug 2024
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Sila klik disini untuk gambar seterusnya


Tarikh: 10 Ogos 2024
Tempat: Rumah Mual, Kampung Ensungai, Medamit, Limbang

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Unit Heritage Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian Limbang, Wilayah III, Miri dan Majlis Daerah Limbang (MDL) telah menganjurkan Program Pendidikan Keselamatan dan Kebersihan  di Kampung Ensungai, Medamit, Limbang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Paulus Palu Anak Gumbang ADUN N.80 Batu Danau, Limbang yang mewakili Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS merangkap ADUN N43 Daro.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk rumah panjang sekitar Limbang dan khasnya komuniti penduduk Rumah Mual, Kampung Ensungai, Medamit, Limbang tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan dan kebersihan sungai di kampung Ensungai terjamin.

Program ini dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti komuniti gotong-royong membersih kawasan dan terbingan sungai dan membina perangkap sampah di hulu rumah panjang Ensungai oleh penduduk rumah panjang. Ceramah tentang kepentingan kesedaran awam kebersihan dan keselamatan Sungai diadakan pada sebelah petang yang dihadiri oleh penduduk  rumah panjang kampung Ensungai dan sekitarnya.  Antara tajuk ceramah adalah Kepentingan Menjaga Keselamatan dan Kebersihan Sungai ceramah disampaikan oleh pegawai LSS, ceramah berkaitan Pencemaran Alam Sekitar oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak (NREB) dan ceramah terakhir bertajuk Penyakit Berjangkit Kesan Pencemaran Sungai oleh Jabatan Kesihatan, Bahagian Limbang.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua rumah Encik Mual Anak Bau, Kampung Ensungai, Medamit, Limbang, ucapan Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS dan ucapan perasmian  oleh YB Dato Paulus Palu Anak Gumbang yang mewakili Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (sungai dan Laut) dalam ucapan perasmian beliau menekankan pentingnya Program Pendidikan Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini dan ianya merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Sarawak melalui LSS. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan. 

Turut hadir menjayakan program ini ialah Lt Kol. Ding Tiew Wong, Controller LSS, Tuan Sulaiman Bin Engai, Pegawai Daerah Limbang ,Tuan Mohammad Syamil Bin Jumain, wakil Setiausaha Majlis Daerah Limbang, Encik Mual Anak Bau, Ketua rumah Ensungai, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan penduduk rumah Panjang Mual, Kampung Ensungau serta penduduk kampung berdekatan. 

Akhir majlis YB Dato Paulus Palu Anak Gumbang, YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad telah menyerahkan 35 jaket keselamatan dan cenderahati kepada ketua-ketua kampung sekitar kampung Ensungai. Seramai 200 peserta program telah hadir terdiri dari penduduk-penduduk kampung berdekatan dan jemputan khas. Kesemua peserta menyambut baik program yang dianjurkan dan mencadangkan program yang sedemikian turut diadakan pada masa akan datang.


image Polls
image Announcement