News

 

KUNJUNGAN DARIPADA UNIT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN SARAWAK KE IBU PEJABAT LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK

Posted on 06 Aug 2024
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Tarikh: 8 Ogos 2024
Masa: 2.30 petang
Tempat: Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Electra House, Kuching

Rombongan Unit Keselamatan dan Penguatkusaan Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Chai Kin Chung, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) bersama Encik Paul Khiu Khon Khiang, Timbalan Pengarah, Sarawak Coastguard, telah membuat kunjungan ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) pada 8 Ogos 2024. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memahami secara lebih dekat fungsi dan peranan LSS serta perbincangan kolaborasi yang lebih erat aspek operasi  mahupun latihan dua hala.

Bersempena dengan kunjungan ini, satu taklimat ringkas pengoperasian LSS telah diberikan dan disusuli dengan sesi perkongsian pengurusan dan pengoperasian antara kedua-dua pihak. Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata di antara LSS dan UPKS.

Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Lt Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS dan barisan pengurusan LSS.


image Polls
image Announcement