News

 

BENGKEL KESELAMATAN SUNGAI DAN KEBERSIHAN SUNGAI SERTA PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIH SUNGAI DAN TEBINGAN SUNGAI DI KAMPUNG TELAGA AIR, KUCHING

Posted on 23 Sep 2024
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Tarikh: 21 dan 22 September 2024 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Kampung Telaga Air, Kuching

Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) berkerjasama menganjurkan Bengkel Keselamatan Kebersihan Sungai serta Program Gotong-Royong Membersih Sungai serta Tebingan Sungai di Kampung Telaga Air, Kuching. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi,Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi II, Sarawak merangkap ADUN N.4 Pantai Damai yang mewakili Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak.

Objektif utama  program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk Kampung Telaga Air, Kuching tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan dan kebersihan sungai di Kampung Telaga Air terjamin.

Program ini dimulakan pada 21 September 2024 seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti pertandingan mewarna kanak-kanak sekoleh SK Telaga Air, Kuching dan Tadika Kemas Telaga Air yang disertai oleh seramai 90 peserta. Manakala sesi ceramah Bengkel Keselamatan Sungai dihadiri oleh penduduk   kampung Telaga Air dan pelajar Institut kemahiran Islam  malaysia, Sarawak (IKMAS), JKKK Telaga Air, KMKK Kawasan Tegala Air, KMKK Kawasan DUN N.4 Pantai Damai, Kaunselor-Kaunselor, Persatuan Nelayan Telaga Air dan Pelajar SK Telaga Air.  Antara tajuk ceramah adalah Perlesenan, Keperluan Persijilan dan Asas Pengeroperasian Bot-Bot yang disampaikan oleh Encik Muhamad Azri Bin Abdul Aziz, Penolong Pengarah, Unit Penguatkuasaan dan Perundangan, Jabatan Laut Wilayah Sarawak, ceramah berkaitan Permit Pengangkutan Sungai dan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kebersihan Sungai yang disampaikan oleh Encik Toni Douglas Noping, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Asas Menghadapi Kebakaran dan Menyelamat di sungai oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Kaum Azini Bin Taggak dan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi,Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi II, Sarawak merangkap ADUN N.4 Pantai Damai yang membaca teks ucapan mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, beliau menekankan pentingnya Bengkel Keselamatan Sungai dan Program Pendidikan Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini dan ianya merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Sarawak melalui LSS. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan. 

Turut hadir menjayakan program ini ialah Encik Teo Swee Ann, wakil Pemangku Setiausaha Tetap (MOTS), Lt Kol. Ding Tiew Wong, Controller LSS, Puan Ita Ling, Pemangku Setiausaha Majlis Perbandaran Padawan, Encik Zaini Bin Haji Tanggak, Ketua Kaum Kampung Telaga Air, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran padawan dan Pertubuhan Komuniti dan NGO serta penduduk kampung berdekatan. 

Akhir majlis Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi,Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi II, Sarawak merangkap ADUN N.4 Pantai Damai telah menyerahkan 60 jaket keselamatan kepada ketua-ketua kaum Kampung Kawasan Telaga Air serta 34 jaket keselamatan untuk SK Sibu Laut dan 13 jaket keselamatan untuk SK kampung Sungai Aur.

Seramai 300 peserta program telah ke program tersebut dan mereka menyambut baik program yang dianjurkan dan mencadangkan program yang sedemikian turut diadakan pada masa akan datang.

Pada 22 September 2024, Program Gotong-Royong Membersih Sungai Dan Tebingan Sungai di Kampung Telaga Air bermula seawal 7.00 pagi dengan acara senamrobik. Taklimat dan ucapan aluan oleh Penghulu Haji Murshidi Bin Johari, Penghulu PPD Telaga Air telah disampaikan sebelum aktiviti gotong-royong bermula untuk memberi semangat kepada para peserta untuk sama-sama memastikan kawasan Telaga Air bersih dan indah.

Seramai 150 peserta yang terdiri daripada pelajar Institut Kemahiran Islam  Malaysia, Sarawak (IKMAS), Jawatankuasa Kampung Telaga Air, Pertubuhan Komuniti dan NGO Telaga Air serta penduduk kampung yang menjayakan program gotong-royong ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kutipan sampah terbanyak telah disampaikan oleh Penghulu Haji Murshidi Bin Johari, Penghulu PPD Telaga Air dan pegawai penyelaras program Encik Angga Maga serta pegawai Kementerian Pengangkutan Sarawak


image Polls
image Announcement