News

 

DELEGASI DARIPADA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG MEMBUAT LAWATAN KE BENDUNGAN SUNGAI SARAWAK

Posted on 10 Oct 2024
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Tarikh : 7 Oktober 2024 (Isnin)
Tempat : Bendungan Sungai Sarawak, Kuching.

Delegasi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang diketuai oleh YH Dato’ Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) bersama lima Pegawai Pengurusan telah membuat lawatan ke Bendungan Sungai Sarawak, Kuching pada 7 Oktober 2024. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat fungsi bendungan Sungai Sarawak di dalam mitigasi banjir.
Bersempena dengan lawatan ini, satu taklimat ringkas berkenaan pengoperasian dan pengurusan bendungan Sungai Sarawak telah diberikan oleh En. Jerry Liew Tze Sieng, Assistant Controller (Barrage & Shiplock) dan disusuli dengan sesi perkongsian antara kedua-dua pihak.
                                                  
Turut hadir dalam kunjungan ini adalah YBhg. Datu Dr Chai Khin Chung, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, Pegawai-Pegawai dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Kuching Barrage Management Sdn Bhd.


image Polls
image Announcement