KERJASAMA LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK(LSS) WILAYAH III MIRI DAN MIRI PORT AUTHORITY CREW CHANGE TERMINAL (MPACCT) DALAM PEMERIKSAAN KAPAL DI JETI MPACCT, SUNGAI MIRI
Posted on 04 Mar 2025
Source of News: Sarawak Rivers Board
Sila klik disini untuk gambar seterusnya
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak(LSS) Wilayah III Miri dengan kerjasama Miri Port Authority Crew Change Terminal (MPACCT) menjalankan pemeriksaan kapal di Jeti MPACCT, Sungai Miri bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan sungai serta keselamatan operasi maritim.
Pemeriksaan ini melibatkan aspek berikut:
1. Pemeriksaan River Transport Permit (RTP) bagi memastikan setiap kapal yang beroperasi memiliki permit sah.
2. Pengawalan kapasiti penumpang dengan memastikan vessel fast crew boat tidak membawa penumpang berlebihan demi keselamatan.
3. Pengesahan identiti kapal dengan memastikan nama kapal dipaparkan dengan jelas di tepi badan kapal.
4. Pemantauan kelajuan kapal untuk memastikan semua kapal yang berlayar di Sungai Miri mematuhi had kelajuan maksimum 4 knot.
5. Pengenalpastian dan penagihan bayaran tertunggak bagi kapal-kapal yang mempunyai tunggakan sewa waf, kompaun, dan caj kawasan labuhan agar pembayaran dibuat dengan segera.
OBJEKTIF KOLABORASI
a. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna sungai mengenai kepentingan memastikan River Transport Permit (RTP) masih sah digunakan.
b. Memastikan pematuhan kewajipan kewangan, di mana pihak perkapalan dan syarikat perlu membayar sewa waf, kompaun, dan caj kawasan labuhan secara bulanan.
c. Mendidik pengguna sungai agar mematuhi had kelajuan yang ditetapkan untuk mengelakkan insiden yang boleh menjejaskan keselamatan di sungai.
d. Menegakkan undang² Ordinan dan Peraturan Sungai² Sarawak, 1993 serta menonjolkan kehadiran dan peranan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dalam memastikan peraturan sungai dipatuhi.
Kerjasama & kolaborasi ini adalah hasil inisiatif & proaktif Pejabat LSS Wilayah III yang diketuai oleh En. Mohammad Ariffin Bin Haji Bujang selaku Assistant Controller Wilayah III bersama Anggota Unit Penguatkuasa & Riverine Wilayah III, Miri dengan Lembaga Pelabuhan Miri bertujuan meningkatkan keselamatan, pematuhan peraturan, dan kelestarian penggunaan laluan sungai di Miri demi kepentingan semua pihak yang terlibat disamping menjalin kerjasama yang erat antara agensi dalam melaksanakan tugas² Penguatkuasaan di Sungai.