PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI KAMPUNG LONG LUPING, BA’KELALAN, LAWAS
Posted on 05 Apr 2025
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Tarikh : 5 April 2025
Tempat : Kampung Long Luping, Ba’kelalan, Lawas
Pada 5 April 2025, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Kampung Long Luping, Ba’kelalan, Lawas. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.2 Tasik Biru.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Baru Bian, ADUN N.81 Ba’kelalan; Lt. Kol. (Bersara) Ding Tiew Wong, Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; Yang Dihormati KK Yohanis Yabai, Ketua Kaum Long Luping; YBhg. Tuan Sam Laya dan YBhg. Tuan Thomas Balan Bang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak serta YBhg. Datu Hj. Safri bin Hj. Zainuddin, Pengerusi Maltimur Resources Sdn. Bhd.
Pengisian program dimulakan pada sebelah pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sungai dan sekitar kampung oleh penduduk Kampung Long Luping. Pada sebelah petang, beberapa ceramah telah disampaikan oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian Sarawak serta Jabatan Hutan Sarawak.
Selain itu, aktiviti penanaman pokok di tebingan Sungai Luping turut dijalankan dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Henry Harry anak Jinep bersama dif-dif jemputan.
Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Long Luping serta kampung-kampung berhampiran. Maklum balas yang diterima daripada para peserta amat positif, dan mereka berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan ke kampung-kampung berdekatan pada masa akan datang.