News

 

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI RH. LAPOK, NANGA SEMAH, DARO

Posted on 14 Jun 2025
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak


Please Click Here For More Photos

Tarikh: 13–14 Jun 2025
Tempat: Rh. Lapok, Nanga Semah, Daro
Daro, 14 Jun – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah berjaya menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai pada 13 hingga 14 Jun 2025 bertempat di Rh. Lapok, Nanga Semah, Daro. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro.

Pada hari pertama, 13 Jun 2025, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Sungai Sekumpang telah dilaksanakan melibatkan penyertaan aktif daripada para peserta serta penduduk setempat. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama komuniti dalam menjaga kebersihan persekitaran sungai.

Manakala pada 14 Jun 2025, beberapa ceramah kesedaran telah diadakan dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan termasuk Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak Forestry Corporation (SFC), serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ceramah ini memberi penekanan kepada kepentingan penjagaan kebersihan sungai serta langkah-langkah keselamatan semasa berada di kawasan sungai.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti pameran oleh agensi kerajaan, penanaman pokok, demonstrasi memadam api, serta penyampaian jaket keselamatan kepada Ketua Masyarakat dan sekolah-sekolah sekitar Nanga Semah. Penyampaian jaket keselamatan telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad.

Program ini telah berjaya menarik kehadiran lebih 300 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Rumah Dapong serta kampung-kampung berhampiran. Maklum balas yang diterima daripada peserta amat memberangsangkan, dengan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke kampung-kampung lain di kawasan sekitar pada masa hadapan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Yang Berusaha Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; Tuan Zul Bin Haji Usop, Pegawai Daerah Daro; Tr. Lapok ak. Mengga serta pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.


image Polls
image Announcement