News

 

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN DI SUNGAI DI DEWAN LAKIS, JALAN MASJID, SIBU

Posted on 19 Sep 2025
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Please Click Here To View Album

Lokasi: Pengkalan Feri Sibu & Dewan Lakis, Sibu

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan di Sungai pada 13 September 2025.
 
Program dimulakan dengan gotong royong membersihkan kawasan tebingan sungai dari Kampung Datu ke Kampung Hilir dalam kawasan DUN N.49 Nangka. Pelancaran disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Annuar Bin Rapee, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pendidikan dan Inovasi). Turut hadir ialah Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, bersama pegawai LSS dan pemimpin masyarakat setempat. Aktiviti ini disertai lebih 50 peserta terdiri daripada belia dan agensi kerajaan.
 
Pada hari yang sama, di Dewan LAKIS, diadakan sesi ceramah kesedaran oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Kr. Raden Khairulzaman bin Raden Bustari, Ahli Majlis Perbandaran Sibu yang mewakili YB Datuk Dr. Annuar Bin Rapee. Seramai 150 peserta terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung (JKKK) dalam kawasan DUN N.49 Nangka turut hadir memeriahkan majlis.
 
Program ini menerima sambutan menggalakkan, dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak akan meneruskan inisiatif seumpama ini bersama agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan sungai.


image Polls
image Announcement