Tarikh : 22 September 2025
Tempat: Waterfront Hotel, Kuching
Pada Mesyuarat Khas Jemaah Ahli Lembaga Bil.2/2025, satu majlis ringkas penyerahan cek pampasan insuran polisi Group Term Life kepada balu mendiang Encik Michael Anak Kebing iaitu Puan Shirley ak Buja yang telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad.
Pampasan ini adalah salah satu polisi perlindungan yang disediakan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak selaku majikan di dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga hal-hal kebajikan para kakitangan termasuk Jemaah Ahli Lembaga dan juga sebagai persediaan di dalam membantu meringankan beban sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa mereka terutama ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga mendiang bersemadi dengan tenang.
Penyerahan cek tersebut disaksikan oleh semua Jemaah - jemaah Ahli Lembaga yang hadir.