Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2025 Anjuran MBKS
Posted on 08 Oct 2025
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sertai Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2025 Anjuran MBKS
Kuching, 3 Oktober 2025 – Sempena sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2025, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah menganjurkan satu program khas yang diadakan di Ibu Pejabat MBKS.
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) turut mengambil bahagian dengan membuka kaunter terbuka dan mengadakan pameran sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kebersihan dan kesihatan persekitaran. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan turut hadir bagi menjayakan sambutan ini.
Penyertaan LSS menzahirkan komitmen berterusan dalam memelihara kebersihan sungai serta memastikan persekitaran air yang lestari demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan mampan negeri Sarawak.