News

 

MAJLIS APRESIASI DAN JASAMU DIKENANG 2025 LSS

Posted on 02 Jan 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Please Click Here To View Album

Kuching, 17 Disember 2025 – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang 2025 di Imperial Hotel, Kuching bagi menghargai sumbangan dan jasa warga kerja LSS.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Berusaha Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, yang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga LSS atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam melaksanakan amanah organisasi.

Majlis ini turut meraikan Ahli Jemaah Lembaga bagi sesi 2022/2023, serta menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 kepada 19 orang penerima. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima APC atas kecemerlangan dan dedikasi yang ditunjukkan.

LSS juga merakamkan penghargaan kepada pegawai yang bersara, En. Dolhan Bin Wasli dan En. Ismadi Bin Abdullah yang bakal bersara pada Januari 2026, sebagai tanda penghormatan atas jasa dan khidmat bakti mereka.

Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, yang dalam amanatnya menekankan kepentingan integriti, komitmen dan semangat berpasukan dalam memastikan pengurusan sungai di Sarawak kekal selamat, bersih dan lestari.

Majlis berakhir dengan jamuan makan malam dan persembahan hiburan dalam suasana penuh penghargaan dan kebersamaan.


image Polls
image Announcement