Please Click Here To View Album
Operasi Penguatkuasaan Pembukaan Persekolahan Tahun 2026 yang bermula dari 10- 11 Januari 2026 dilaksanakan serentak di seluruh Sarawak dengan memberi tumpuan kepada kawasan – kawasan yang masih bergantung kepada pengangkutan sungai sebagai mod pengangkutan alternatif. Objektif utama operasi adalah bagi memastikan semua pengusaha – pengusaha bot penumpang mematuhi peruntukan di bawah Ordinan Sungai-Sungai Sarawak 1993 seperti memiliki Permit Pengangkutan Sungai yang masih sah dan juga tidak membawa penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan. Operasi dijalankan di fasiliti - fasiliti utama di bawah bidangkuasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). Pada 11 Januari 2026, Controller LSS, Lt.Kolonel Ding Tiew Wong (Bersara) telah berkesempatan meninjau salah satu fasiliti iaitu Terminal 2, Sarikei sewaktu operasi dijalankan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Assistant Controller (Wilayah 2), Sibu berhubung perjalanan operasi penguatkuasaan. Sewaktu tinjauan, Tuan Controller LSS juga berkesempatan menyempurnakan penyampaian jaket keselamatan serta risalah keselamatan kepada para pengguna sungai serta murid – murid sekolah yang tiba dari kawasan pesisir untuk menyambung persekolahan bagi sesi tahun 2026. Penyampaian jaket keselamatan ini merupakan salah satu inisiatif berterusan dari LSS bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakan orang ramai menggunakan jaket keselamatan setiap kali menggunakan mod pengangkutan sungai. Turut hadir adalah Pegawai Penguatkuasa, En.Nichol Agoi, En Fathurrahman bin Rabaee, Jurutera LSS Sibu, En Danny Mapang ak Lucas, Penolong Pegawai Penguatkuasa Sibu, En.Zulhajiji bin Muda, Pegawai Menguasa LSS Sarikei serta beberapa anggota dari LSS Bahagian Sarikei dan Sibu.