News

 

SESI PERBINCANGAN SUBSIDI RON95 PENGANGKUTAN AIR AWAM

Posted on 20 Jan 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak


Please Click Here To View Album

Tarikh: 13 Januari 2026
Tempat: Terminal Bako, Kuching
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah mengadakan sesi perbincangan dan lawatan turun padang bersama pengusaha bot penumpang berhubung pemberian subsidi petrol RON95 bagi sektor pengangkutan air awam di Terminal Bako, Kuching.

Sesi ini bertujuan meneliti pelaksanaan kelayakan subsidi RON95, mengenal pasti isu di lapangan serta mencadangkan penambahbaikan bagi memastikan penyasaran subsidi dilaksanakan secara berkesan. Seramai 43 pengusaha bot penumpang dari kawasan Taman Negara Bako telah hadir dan memberikan maklum balas yang positif.

Program ini turut dihadiri oleh wakil KPDN dan LSS. Sesi perbincangan dan lawatan turun padang yang sama dirancang untuk diperluaskan ke Taman Negara Niah dan Taman Negara Mulu.


image Polls