Please Click Here To View Album
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah berjaya menganjurkan Konferen Pengukuhan Integriti, Tadbir Urus dan Pembentangan Pelan Strategik Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Tahun 2026 pada 28-29 Januari 2026 bertempat di Raia Hotel, Kuching. Ianya adalah satu platform penting untuk memperkukuhkan nilai integriti, memperkasakan amalan tadbir urus yang baik serta menyelaraskan hala tuju strategik organisasi bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.
Konferen ini menghimpunkan barisan pengurusan dan warga kerja LSS bagi meningkatkan kefahaman tentang prinsip integriti, saluran aduan yang betul, akauntabiliti dan ketelusan dalam pelaksanaan tugas, sejajar dengan asprirasi Kerajaan Negeri Sarawak untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan dan berintegriti.
Antara pengisian utama konferen ini adalah Pembentangan Pelan Strategik LSS 2026-2030 yang menggariskan visi,misi, teras strategik serta inisiatif utama organisasi dalm memperkasa pengurusan Sungai secara mampan, selamat dan bersepadu. Pelan Strategik ini merangkumi perancangan Riverine Safety, Baraj & Shiplock, Perkhidmatan Teknikal, Penguatkuasaan & Undang-Undang serta Pengurusan Korporat termasuk memperkasakan modal insan serta penggunaan teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasi LSS.
YB Dr Pengerusi telah menyampaikan amanat beliau juga menegaskan kepentingan nilai integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam setiap pelaksanaan tugas, selain menyeru warga LSS agar melaksanakan Pelan Strategik LSS secara fokus, berintegriti dan dengan penuh amanah. Penganjuran konferen ini mencerminkan komitmen berterusan LSS dalam memperkukuhkan tadbir urus organisasi serta meningkatkan keberkesanan penympaian perkhidmatan kepada rakyat dan pihak berkepentingan.