MESYUARAT PEMUSATAN PERLESENAN BOT BAWAH 15 TAN KEPADA KERAJAAN SARAWAK
Posted on 04 Mar 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak
26 Februari 2026 – Mesyuarat Pemusatan Perlesenan Bot Bawah 15 Tan kepada Kerajaan Sarawak telah diadakan di Riverside Majestic Hotel.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Norjipin Bin Saidi, Pengarah Bahagian Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Mesyuarat ini bertujuan membincangkan penyelarasan dan pemusatan perlesenan bot bawah 15 tan selaras dengan peranan dan bidang kuasa Kerajaan Sarawak. Majlis berbuka puasa telah diadakan selepas mesyuarat selesai bagi memupuk hubungan kerjasama antara pihak yang hadir.