9 Mac 2026 – Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Pejabat Setiausaha Bahagian Kawal Selia Petroleum, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi lawatan telah diketuai oleh Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller dan turut disertai oleh En. Charles Chad Nissom, Jemaah Ahli Lembaga serta pegawai daripada LSS.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh En. Mohd. Nazib Bin Che Din, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Petroleum, KPDN.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama di samping membincangkan potensi kolaborasi antara LSS dan KPDN, khususnya dalam memperkukuh peranan dan sinergi kedua-dua organisasi dalam aspek kawal selia petroleum bagi sektor Pengangkutan air di Sarawak.
Pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan perbincangan konstruktif bagi menyokong usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan subsidi diesel dan RON95 di Sarawak.