Please Click Here To View Album
9 Mac 2025 – Satu kunjungan hormat dan sesi taklimat berkaitan Projek Mitigasi Banjir di Sarawak telah diadakan bersama YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Putrajaya.
Sesi taklimat tersebut merangkumi beberapa inisiatif penting dalam usaha memperkukuh pengurusan dan mitigasi banjir di Sarawak. Antaranya ialah cadangan pelaksanaan kerja pembaikan hakisan (scouring) di kawasan Sungai Sarawak Barrage, cadangan menaik taraf sistem stesen telemetri bagi meningkatkan pemantauan paras air dan keberkesanan pengurusan banjir, serta cadangan perolehan River Trash Skimmer Boat dan River Trash Collection Boat untuk meningkatkan kecekapan kerja-kerja pembersihan sungai di Sungai Sarawak dan Sungai Miri.
Inisiatif-inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh pengurusan sungai, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi banjir, serta memastikan kebersihan dan kelancaran aliran sungai di Sarawak terus terpelihara.
Lawatan ini diketuai oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Turut hadir YB Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut); YB Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS); YBhg. Datu Wong Hee Sieng, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS); Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS; ahli-ahli Lembaga LSS serta pegawai daripada MOTS dan LSS.