News

 

MESYUARAT PENYELARASAN KURSUS MATE <500GT DOMESTIC VOYAGE (RESTRICTED – SARAWAK PORT LIMIT AND RIVERINE ONLY)

Posted on 09 Apr 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak


KUCHING, 2 APRIL 2026 – Mesyuarat Penyelarasan bagi Kursus Mate <500GT Domestic Voyage (Restricted – Sarawak Port Limit and Riverine Only) telah diadakan dan dipengerusikan oleh Encik Leonard Luhat Laing, Pegawai Tadbir (Riverine Safety), di Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan kursus yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 April 2026 di Batang Ai Hydroelectric Plant (HEP). Kursus ini merupakan anjuran bersama Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) dan Sarawak Energy Berhad.

Penganjuran kursus ini memberi tumpuan kepada pengusaha bot di kawasan Batang Ai dan sekitarnya, dengan matlamat meningkatkan tahap kompetensi serta kesedaran keselamatan dalam operasi pelayaran domestik, khususnya di kawasan perairan sungai dan pelabuhan terhad di Sarawak.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Encik David anak Gunda, Pengurus Stesen SEB Batang Ai HEP, serta Encik Hafizul Ab Bakar, Penolong Pegawai Laut, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak).

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkepentingan dalam mempertingkatkan standard keselamatan dan profesionalisme dalam industri pengangkutan sungai di negeri ini.


image Polls
image Announcement