Please Click Here To View Album
KUCHING, 9 April – Program Kesedaran Keselamatan Sungai dan Hari Bersama Pelanggan 2026 anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah berlangsung di Terminal Penumpang Bako hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Hazland bin Haji Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN N.5 Demak Laut.
Turut hadir Tuan Constantine Gerald David anak Jonas, Ketua Bahagian Pengangkutan Laut dan Sungai mewakili Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak; Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; serta Tuan Thomas Chua Kee Chuan, Ketua Sektor Operasi KPDN Negeri Sarawak mewakili Pengarah KPDN Negeri Sarawak.
Hadir sama ketua-ketua dan wakil agensi kerajaan dan swasta, ketua masyarakat serta pengusaha bot penumpang.
Seramai 80 peserta telah menyertai program ini, dan sebanyak 60 jaket keselamatan turut diserahkan kepada pengusaha bot bagi meningkatkan tahap keselamatan di sektor Taman Negara Bako.
Antara agensi yang membuka kaunter perkhidmatan ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sarawak, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak), Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pansar Company Sdn. Bhd. serta syarikat-syarikat insurans.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan pengangkutan sungai serta memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti.