Please Click Here To View Album
Program Upstream Logistics Business Meeting with Government Authorities 2026 anjuran Petronas Carigali Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya pada 09 April 2026 bertempat di Grand Palace Hotel Miri.
Program ini menghimpunkan pelbagai agensi berkepentingan termasuk Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Miri Port Authority, Bintulu Port Authority, Sarawak Coast Guard, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta meningkatkan penyelarasan operasi dalam sektor logistik huluan.
Dalam sesi perkongsian ilmu, LSS Miri dan MPA telah dijemput sebagai penceramah untuk membentangkan isu-isu penting termasuk berkaitan RTP, pematuhan SOP kawasan labuhan serta fi caj kawasan labuhan. Perbincangan berlangsung secara interaktif dengan pelbagai soalan diajukan oleh peserta, mencerminkan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan pematuhan peraturan dan kelancaran operasi maritim.
Secara keseluruhannya, objektif penganjuran program ini telah tercapai dengan maklum balas yang amat positif daripada semua peserta yang hadir. Pihak Petronas turut menzahirkan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama erat bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dalam memastikan setiap kapal yang terlibat dalam operasi Petronas memiliki RTP yang sah, mematuhi sepenuhnya SOP kawasan labuhan serta memastikan tiada tunggakan fi caj labuhan.
Program ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian maklumat, malah turut mengukuhkan hubungan strategik antara agensi-agensi berkaitan ke arah tadbir urus logistik yang lebih cekap, selamat dan berintegriti. Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenangan bersama. Program ini telah dihadiri oleh En. Wan Ilham Bin Wan Ahmad sebagai Penceramah, En. Roshidi Bin Mohamed Rizan dan En. Abd. Rahman Bin Majid, wakil LSS