News

 

KUNJUNGAN DELEGASI KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) BAGI MENINJAU KEADAAN HAKISAN DI BENDUNGAN SUNGAI SARAWAK KUCHING

Posted on 20 Apr 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Please Click Here To View Album

Delegasi daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang diketuai oleh YBhg Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA telah membuat lawatan kerja ke Bendungan Sungai Sarawak, Kuching pada 14 April 2026.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau secara dekat isu hakisan yang berlaku di Bendungan Sungai Sarawak dan perbincangan halatuju rancangan kerja-kerja pemuliharaan.

Delegasi PETRA telah melawat tapak dan taklimat telah diberikan oleh Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS semasa lawatan tapak berkenaan keadaan semasa hakisan serta impaknya terhadap struktur dan persekitaran bendungan. Delegasi juga diberi peluang melawat bilik kawalan Bendungan Sungai Sarawak dan diberi taklimat pengopersian harian bendungan. 

Turut hadir ialah YBhg Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E.M Yahaya, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM); YBrs. Tuan Haji Lotfi bin Tuah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak; wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak; serta pegawai-pegawai kanan LSS.

LSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRA atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam menangani isu-isu pengurusan sungai serta memastikan
pembangunan infrastruktur air yang mampan, selamat dan berdaya tahan di Sarawak.


image Polls
image Announcement