Please Click Here To View Album
Pada 27 April 2026, satu operasi khas di bawah OPS TIRIS 4.0 telah dilaksanakan melibatkan kerjasama antara Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wikayah III Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia(PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNK), Bahagian Miri serta agensi-agensi berkaitan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap “skid tanks” di wharf dan jeti milik persendirian di Bahagian Miri.
Operasi ini diketuai oleh Pembantu Penguatkuasa (PP) En. Wan Ilham Bin Wan Ahmad bersama anggota Pembantu Penguatkuasa Bahagian Miri yang terdiri daripada PP Abd. Rahman Bin Majid, PP Ungai Ak Bandang, PP Johnny Ak Jelani dan PP Abednego Ujang.
Pemeriksaan dijalankan bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang, syarat lesen, serta garis panduan keselamatan yang berkaitan dengan penyimpanan, pengendalian dan penggunaan bahan petroleum di kawasan wharf dan jeti persendirian.
Operasi ini juga bertujuan mengesan sebarang aktiviti penyimpanan haram, penyalahgunaan kemudahan serta risiko keselamatan yang boleh mengancam pengguna sungai, masyarakat setempat dan alam sekitar.
Sepanjang operasi, pasukan penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas “skid tanks”, meneliti dokumen berkaitan, status pemilikan serta pematuhan permit yang diperlukan. Pihak pengendali juga diberikan nasihat serta peringatan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.
Pelaksanaan OPS TIRIS 4.0 ini menunjukkan komitmen berterusan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bersama PDRM, KPDNK dan agensi berkaitan dalam memperkukuhkan penguatkuasaan, membanteras aktiviti tidak sah serta memastikan keselamatan operasi di kawasan sungai, wharf dan jeti persendirian sentiasa terpelihara demi kepentingan awam.
En. Mohd. Ariffin Bin Haji Bujang selaku Assistant Controller (Wilayah III), LSS Bahagian Miri, Bintulu & Limbang juga telah memanjangkan Ops Tiris 4.0 ini kepada Ketua Bahagian dan Cawangan di bawah seliaan beliau untuk mengambil tindakan yang sama.