KUCHING, 8 Mei 2026 – Pejabat Residen Bahagian Kuching dengan kerjasama Malaysian Dragon Boat Federation telah menganjurkan Kursus Kehakiman Sarawak Regatta 2026 pada 7 hingga 8 Mei 2026 di Kuching.
Kursus ini melibatkan penyertaan daripada agensi kerajaan yang terlibat dalam penganjuran Sarawak Regatta bagi memperkukuhkan kefahaman berkaitan aspek penghakiman, peraturan pertandingan dan keselamatan acara regatta.
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak turut berperanan sebagai Jawatankuasa Teknikal dalam memastikan penyelarasan teknikal dan kelancaran pelaksanaan kursus.
Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan tahap profesionalisme serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam memastikan Sarawak Regatta dilaksanakan dengan lebih teratur, selamat dan berkesan.