News

 

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI DI KAMPUNG SUNGAI MELINAU, MULU

Posted on 24 Jun 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Please Click Here To View Album
 
Mulu, 12 Jun 2026 – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Dewan Kampung Sungai Melinau, Mulu yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan sungai serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sungai.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 70 peserta yang terdiri daripada ketua kampung, pengusaha bot dan penduduk setempat. Ceramah kesedaran turut disampaikan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) berhubung konflik manusia dan buaya serta oleh Lembaga Sungai-Sungai Wilayah Miri mengenai aspek keselamatan dan kebersihan sungai.

Dalam majlis yang sama, 30 jaket keselamatan dan Permit Pengangkutan Sungai turut diserahkan kepada pengusaha bot dari JKKK Sungai Melinau, Batu Bungan dan Long Iman sebagai usaha memperkukuh budaya keselamatan dalam kalangan komuniti yang menggunakan sungai sebagai laluan pengangkutan utama.

Turut hadir ialah Yang Berhomat Datuk Gerawat Gala Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN N.78 Mulu; Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS, serta wakil-wakil agensi kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat.


image Polls
image Announcement