News

 

TAKLIMAT KESEDARAN KANSER OLEH MAJLIS KANSER NASIONAL (MAKNA)

Posted on 09 Jul 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak


6 Julai 2026 (Isnin) - Taklimat Kesedaran Kanser telah diadakan di Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Khairil Affirullah bin Ikhwan, Pegawai Pembangunan Dana MAKNA dan dihadiri oleh seramai 45 orang pegawai dan kakitangan LSS termasuk kakitangan Wilayah I, Kuching. 

Taklimat ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga LSS mengenai penyakit kanser, termasuk tanda-tanda awal kanser, kepentingan pengesanan awal, kaedah pencegahan serta amalan gaya hidup sihat. Pegawai daripada MAKNA turut berkongsi maklumat berkaitan jenis-jenis kanser yang lazim dihidapi, kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala serta bantuan-bantuan yang diberikan kepada pesakit kanser.

Secara keseluruhannya program ini berjaya memberikan pendedahan yang bermanfaat serta meningkatkan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan LSS tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat sebagai usaha memperkukuhkan budaya kerja yang sihat di kalangan warga kerja LSS.


image Polls
image Announcement