23 Julai 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan Draf Klasifikasi Fail LSS telah diadakan bersama pihak PUSTAKA.
Sesi perbincangan ini merupakan salah satu langkah persediaan LSS dalam melaksanakan Klasifikasi Fail yang selaras bagi memastikan pengurusan rekod dan dokumen dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan berkesan.
Perbincangan tersebut juga menjadi platform untuk meneliti serta menambah baik draf klasifikasi fail agar selaras dengan keperluan pengurusan rekod yang berkesan.
LSS merakamkan penghargaan kepada pihak PUSTAKA atas kerjasama dan perkongsian pandangan yang diberikan dalam menjayakan sesi perbincangan ini.