Tarikh: 27 Julai 2026
Lawatan Kebajikan di kediaman kakitangan untuk penyerahan cek pampasan insuran polisi Group Term Life kepada Encik Dazuki Khajmi bin Hipni, Pembantu Penguat Kuasa, Pejabat LSS Sebuyau telah disampaikan oleh Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara).
Ini adalah salah satu polisi perlindungan yang disediakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak selaku majikan di dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga hal-hal kebajikan para kakitangan dan juga sebagai persediaan di dalam membantu meringankan beban kakitangan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa mereka ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Turut hadir bersama wakil pengurusan dan pegawai LSS.