News

 

PENGLIBATAN LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK (LSS) WILAYAH III, MIRI DALAM PROGRAM ANJURAN MAJLIS BANDARAYA MIRI DI BAWAH PROGRAM LOCAL AGENDA 21 (LA21) / SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDG) 2026

Posted on 10 Aug 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak


Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah III, Miri telah menyertai Majlis Bandaraya Miri (MBM) siri Program Gotong-Royong Kempen Pembersihan Kampung Angkat LA21/SDG 2026 serta Program Green Heroes Community Tour 2026: Jelajah Komuniti Lestari Miri. Program ini telah diadakan di beberapa lokasi terpilih sekitar Bandar Raya Miri, iaitu pada 11 Julai 2026 di Piasau Jaya, 18 Julai 2026 di Kampung Pujut Adong dan 25 Julai 2026 di Kampung Pangkalan Lutong.

Sepanjang penganjuran program tersebut, LSS Wilayah III telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk penyediaan pameran berkaitan fungsi dan peranan LSS, penyampaian ceramah kesedaran mengenai aspek keselamatan pelayaran, pemuliharaan sungai serta kepentingan menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar. Selain itu, warga LSS turut mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, penanaman pokok serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat.

Penglibatan LSS dalam program ini membuktikan komitmen berterusan agensi dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di samping meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan sungai sebagai aset semula jadi yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. Program ini turut menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta serta komuniti setempat. Penyertaan dan kerjasama erat daripada semua pihak ini telah menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelbagai aktiviti berteraskan kebersihan, kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti sekali gus merealisasikan agenda pembangunan yang inklusif, lestari dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Local Agenda 21 (LA21) dan Sustainable Development Goals (SDG).


image Polls
image Announcement