News

 

LAWATAN INSPEKTORAT SAMCI KE LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK

Posted on 01 Oct 2026
Source of News: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak


KUCHING, 1–2 Oktober 2026 – Lawatan Inspektorat bagi pelaksanaan Sarawak Asset Management Compliance Index (SAMCI) ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah berlangsung dengan lancar.

Lawatan ini bertujuan menilai tahap pematuhan LSS terhadap Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor, serta memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh.

Pada hari kedua, pasukan Inspektorat turut melawat Sungai Sarawak Barrage dan VTMS Control Centre bagi meninjau pengurusan serta operasi aset dan kemudahan berkaitan.

LSS komited untuk terus memperkukuh tadbir urus dan pengurusan aset secara cekap, sistematik dan berakauntabiliti selaras dengan ketetapan Kerajaan Sarawak.


image Polls
image Announcement