
Tarikh: 5 Oktober 2026
Tempat : Ibu Pejabat, LSS
Perhimpunan Bulanan Kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) bagi bulan Oktober 2026 telah diadakan dengan jayanya sebagai medium penyampaian makluman, pekeliling dan arahan terkini kepada seluruh warga LSS.
Dalam amanatnya, Controller menekankan kesiapsiagaan LSS ke arah transformasi sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sarawak. Beliau turut menegaskan kepentingan pematuhan terhadap Arahan Keselamatan serta amalan gaya hidup sihat bagi memastikan tugas dilaksanakan dalam persekitaran yang selamat, sihat, kondusif dan produktif.
Majlis turut diisi dengan Lafaz Ikrar Integriti LSS yang diketuai oleh Pegawai Integriti Bertauliah LSS, Encik Sam ak Budi, sesi Sambutan Ulang Tahun LSS yang Ke-33, pelancaran Kempen “Bring Your Own Bottle” (BYOB) sebagai inisiatif menggalakkan amalan mesra alam, serta sambutan hari jadi kakitangan LSS bagi mengeratkan silaturahim warga kerja LSS.
Turut hadir barisan pegawai kanan dan kakitangan LSS serta wakil Wilayah I, Kuching manakala kakitangan Wilayah II, Sibu dan Wilayah III, Miri menyertai perhimpunan secara dalam talian.