MIRI, 8 Oktober 2026 – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai di Long Selatong Dikan, Baram, Miri, dengan penyertaan seramai 96 orang yang terdiri daripada penduduk setempat dan wakil 10 buah kampung berdekatan iaitu Long Plutan Asal, Long Julan Pelutan, Long Julan Asal, Long Tap, Long Palai, Long San, Long Anap, Lepo Gah Tanjung Tepalit, Long Beku dan Long Selatong Dikan.
Program tersebut merangkumi sesi ceramah bertajuk Kempen Kesedaran Awam, Keselamatan dan Kebersihan Sungai, aktiviti gotong-royong di tebingan Sungai Baram, pemasangan papan tanda “Wear Your Life Jacket” di jeti Long Selatong Dikan dan Lepo Gah Tanjung Tepalit, serta pengagihan jaket keselamatan sebanyak 60 unit iaitu 5 unit bagi setiap kampung Long Plutan Asal, Long Julan Pelutan, Long Julan Asal, Long Tap, Long Palai, Long San, Long Anap, Lepo Gah Tanjung Tepalit, Long Beku serta 15 unit bagi Long Selatong Dikan untuk menggalakkan amalan keselamatan semasa menggunakan pengangkutan sungai.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Simon Lejau, Ketua Kaum Long Selatong Dikan. Dalam ucapan beliau, beliau merakamkan penghargaan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) atas penganjuran program ini, beliau menyeru agar masyarakat mengutamakan pemakaian jaket keselamatan ketika menaiki bot, memastikan bot berada dalam keadaan baik, mematuhi had muatan serta menjaga kebersihan sungai serta kawasan sekitarnya.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan LSS dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan pengangkutan sungai, di samping menggalakkan penglibatan komuniti dalam memelihara kebersihan dan kelestarian sungai.
LSS telah diwakili oleh Encik Manuel Moses, Jurutera Awam, Wilayah III, Miri. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Masyarakat dari kampung berdekatan iaitu KK John Kalang (Lg. Tap), KK Henry Lejau Usang (Lepo Gah Tjung Tepalit), KK Lucia Paya Kalang (Lg San), KK Robert Matinus (Lg Palai) serta kakitangan Wilayah III, Miri.