KURSUS MATE <500GT DOMESTIC VOYAGE (RESTRICTED – SARAWAK PORT LIMIT & RIVERINE ONLY) BERJAYA DIANJURKAN DI BAKUN HEP
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah berjaya menganjurkan Kursus Mate <500GT Domestic Voyage (Restricted – Sarawak Port Limit & Riverine Only) pada 10–11 September 2025 di Bakun HEP.
Kursus ini telah disertai oleh seramai 43 peserta, terdiri daripada pemilik dan pengusaha bot yang beroperasi di sekitar Empangan Bakun dan Sungai Belaga. Inisiatif ini merupakan usaha LSS bagi memastikan semua pengusaha bot memiliki sijil kompetensi serta mematuhi aspek keselamatan ketika menjalankan operasi di sungai.
Penganjuran kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat, malah terdapat permintaan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.