25–26 September 2026
Kampung Jepak, Bintulu
Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai telah dilaksanakan selama dua hari di Kampung Jepak, Bintulu, melibatkan aktiviti gotong-royong dan sesi kesedaran bersama komuniti setempat.
Pada 25 September 2026 (Jumaat) Program Gotong Royong telah diadakan bersama penduduk kampung di kawasan sekitar dengan anggaran penyertaan seramai 80 orang. Pada 26 September 2026 (Sabtu) Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai telah diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Jepak telah disertai oleh 13 kampung iaitu Kampung Sebuan Besar, Kampung Sebuan Kecil, Kampung Baru Sebuan Besar, Kampung Sungai Sebuan Besar, Kampung Masjid Jepak, Kampung Warisan Jepak, Kampung Jepak Hilir, Kampung Jepak Tengah, Kampung Jepak Hulu, Kampung Muslim Segan, Kampung Kuala Segan, Kampung Tani Sungai Selezan, Kampung Seamandang Jaya, dan Persatuan Nelayan dengan anggaran penyertaan seramai 130 orang.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan sungai, kebersihan dan kelestarian alam sekitar, khususnya kepentingan pemakaian jaket keselamatan, keselamatan penggunaan bot serta amalan menjaga kebersihan sungai.
Sesi ceramah dan perkongsian turut disampaikan oleh tiga agensi, iaitu Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) melalui tajuk “Keselamatan dan Kebersihan Sungai”, Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bintulu dengan tajuk “3M Buaya”, serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Bintulu menerusi tajuk “Kepentingan Memelihara dan Memulihara Sungai”.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Iskandar bin Turkee, ADUN N67 Jepak, yang menyeru masyarakat agar mengutamakan keselamatan ketika menggunakan sungai serta bersama-sama memelihara kebersihan dan kelestarian sungai.
Turut hadir Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Encik Mohammad Rahimee Dahlan, wakil Pegawai Daerah Bintulu, Encik Ali Hikmatullah Khan Ali Sabri, wakil Ketua Polis Daerah Bintulu, Asisten Superintenden Polis (ASP) Johnny James Bujang, Assistant Controller (Wilayah III, Miri), Encik Mohammad Ariffin Bin Hj. Bujang, Penghulu Kawasan Jepak, Encik Idil Bin Ismail, wakil kakitangan Unit River Heritage, Ibu Pejabat serta kakitangan LSS Bahagian Bintulu.