EFISIEN DAN BERSISTEMATIK
Kuching-17 April 2012, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah mengadakan Kursus Pemprosesan Permit Pengangkutan Sungai / RTP (River Transport Permit) dan SRB Management System kepada Kakitangan Pengautkuasa dan Pembantu Laut. Kursus tersebut di kendalikan oleh kakitangan dalaman LSS yang berpengelaman dalam pemprosesan RTP.
Objektif utama kursus tersebut dijalankan adalah bagi memberi pendedahan dan pemahaman dalam pemprosesan permohonan Permit Pengangkutan Sungai / RTP mengikut ISO yang telah ditetapkan.
Penutupan kursus tersebut telah di sempurnakan oleh Tuan Controller En. William Jinep. Dalam ucapan beliau, LSS akan mengadakan lebih banyak kursus dalaman bagi memberi pendedahan kepada semua Kakitangan LSS agar lebih efisien dan bersistematik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
