. 07/06
Please Click Here For Next Photo Tarikh: 5 Jun 2024 Masa: 8.30 Pagi Tempat: Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah III, Miri Pada 5 Jun 2024 Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS telah berkesempatan melawat ke Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Wilayah III, Miri bertujuan untuk memahami pengoperasian, dan pengurusan serta mengeratkan silaturrahim dengan warga kerja LSS di Wilayah III, Miri. Bersempena dengan lawatan kerja kali ini, taklimat aspek pengoperasian dan pengurusan berkaitan dengan warga kerja di LSS Wilayah III, Miri, telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pelabuhan Encik Mohammad Ariffin bin Haji Bujang. Di akhir taklimat, YB Pengerusi telah mengingatkan semua yang hadir agar menjalankan tugasan dengan amanah dan berintegriti tinggi. Lawatan diteruskan dengan melawat fasiliti waf kargo di J.K.R. R.C Wharf, Piasau Industrial Estate dan lokasi alat panduan pelayaran di Pulau Melayu, Sungai Miri yang dibawah seliaan LSS. Secara keseluruhannya YB Pengerusi berpuashati dengan aspek pengurusan dan pengoperasian di Pejabat Wilayah III, Miri. Beliau menegaskan agar prestasi ini hendaklah dikekalkan bagi memastikan kecemerlangan pencapaian penyampaian perkhidmatan LSS kepada rakyat. Turut hadir dalam lawatan kerja ini Lt. Kol Ding Tiew Wong, Controller LSS, Puan Siti Norhanipaah Binti Roslan, Akauntan, Encik Muhammad Iftizam Bin Mohamad Suffian, Assistant Controller Wilayah III, Miri dan semua Ketua Bahagian dan Stesen LSS di bawah seliaan Wilayah III serta warga kakitangan LSS, Miri.
. 26/07
Please Click Here To Photo Gallery Pada 22 Julai 2024, YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS, telah melawat ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Bintulu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami aspek pengoperasian melawat fasiliti dibawah seliaan LSS di Bahagian Bintulu. Pengerusi telah melawat Terminal Penumpang Bintulu dan diberi taklimat ringkas dan seterusnya melawat ke fasiliti LSS iaitu waf kargo di R.C Passenger Ramps, Bintulu (Penambang), R.C Boat Ramps, Bintulu (Mini Feri) dan R.C Commercial Wharf, Bintulu. Bersempena dengan lawatan ini, YB Pengerusi telah menyampaikan jaket keselamatan kepada pengusaha bot penambang dan pengusaha mini feri. Beliau turut diberi taklimat pengoperasian pihak Proway Logistics Sdn Bhd yang menggunakan fasiliti LSS. Turut hadir dalam lawatan kerja ini Lt. Kol Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS, Encik Sam Budi, Assistant Controller (Technical Services), Cik Herlena Binti Lazemi, Penolong Pegawai Pelabuhan, Pejabat Bahagian Bintulu serta warga kakitangan LSS, Bintulu.
. 27/05
Please Click Here For More Tarikh : 27 Mei 2024 Masa : 10.00Pagi Tempat : Terminal Penumpang Kapit Bersempena dengan cuti persekolahan penggal pertama sesi 2024/2025 dan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak yang akan menjelang tiba, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak(LSS) telah melancarkan Kempen Keselamatan Sungai dan Operasi Penguatkuasaan di Terminal Penumpang Kapit, Kapit. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Jefferson Jamit Anak Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), ADUN N.63 Bukit Goram selaku tetamu kehormat. Matlamat utama kempen keselamatan sungai dan operasi penguatkuasaan ini adalah memastikan aspek keselamatan pelayaran bot-bot penumpang yang beroperasi seperti yang termaktub di dalam Ordinan Sungai-Sungai Sarawak, 1993, hendaklah dipatuhi dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan komuniti sungai yang masih menggunakan bot persendirian sebagai mod pengangkutan utama. Seramai lapan puluh (80) kakitangan penguatkuasa berserta tujuh (7) buah bot penguatkuasa terlibat di dalam kempen pada tahun ini dengan menfokuskan pemantauan pengoperasian bot penumpang di terminal penumpang dan tempat pendaratan serta rondaan sungai. Secara amnya, kempen dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 bermula pada 26 Mei hingga 31 Mei 2024 dan Fasa 2 dari 3 Jun hingga 4 Jun 2024. Majlis pelancaran dimulakan dengan upacara adat miring di bangunan terminal. Sejurus upacara miring selesai, rombongan YB Timbalan Menteri dan dif-dif jemputan telah mengagihkan jaket keselamatan kepada komuniti sungai yang berada di sekitar Terminal Penumpang Kapit dan menyerahkan beg cenderahati yang berisi risalah keselamatan sungai kepada penumpang-penumpang bot ekspres. Semasa majlis ini juga, pemilik dan penumpang bot-bot persendirian di sekitar perairan Batang Rajang yang turut menggunakan pengangkutan air juga diagihkan jaket keselamatan. Semasa temubual bersama media, YB Datuk Jefferson Jamit ak Unyat menegaskan bahawa pihak Kerajaan mengambil berat aspek keselamatan di sungai dan menyeru semua pihak yang terbabit mengutamakan keselamatan masing-masing semasa menggunakan pengangkutan air. Pengusaha dan pengendali bot penumpang hendaklah memastikan bahawa bot mereka sesuai untuk pelayaran dan operasi yang selamat di sungai, dilengkapi dengan peralatan penyelamat nyawa, dan memiliki Permit Pengangkutan Sungai yang sah. Mereka juga tidak dibenarkan membawa penumpang melebihi jumlah seperti dinyatakan dalam Permit. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan dikenakan denda RM5,000.00 dan penjara dua tahun kepada pemilik/juragan, mengikut Seksyen 34 [2] Ordinan Sungai Sarawak, 1993. Pengusaha bot juga diingatkan supaya memastikan kadar tambang adalah seperti yang telah ditetapkan. Tambahan pula, masyarakat umum yang menggunakan bot terbuka seperti bot laju, bot panjang dan lain-lain adalah dinasihatkan supaya memakai jaket keselamatan dan tidak membawa lebihan muatan. Turut diingatkan berkenaan dengan insiden baru-baru ini di perairan Batang Balleh yang mengakibatkan lima maut haruslah diambil iktibar betapa pentingnya menggunakan jaket keselamatan semasa menggunakan pengangkutan air. Pihak awam juga dinasihatkan supaya tidak memulakan perjalanan dalam keadaan cuaca buruk dan pada waktu malam, terutamanya di sungai yang mempunyai laluan pelayarannya sempit dan cetek, terutamanya untuk bot panjang. Turut diingatkan supaya berhati-hati semasa melalui kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan jeram, selekoh tajam mahupun struktur jambatan semasa dalam perjalanan. Oleh itu, Lembaga Sungai- Sungai Sarawak menyeru agar kerjasama daripada pengusaha bot, penumpang, pihak awam dan pengguna sungai untuk mematuhi semua peraturan dan garis panduan keselamatan bagi memastikan pelayaran dalam keadaan yang selamat. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Galong Luang, Residen Bahagian Kapit, Lt Kol. Ding Tiew Wong, Controller LSS, Encik Robert Liman Deli, Timbalan Residen Bahagian Kapit, Encik Cerisologo Sabut, Pegawai Daerah Kapit, Encik Calvin Ligong, Pegawai Daerah, Bukit Mabong, Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum Daerah Kapit, kakitangan LSS dan lebih kurang 150 para jemputan telah hadir dalam program kempen keselamatan sungai ini.
. 27/04
Sila klik sini untuk gambar seterusnya Pada 27 April 2024 diperairan Sungai Sarawak, Kuching Waterfront bersempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah dilantik menjadi Jawatankuasa Pertandingan Memancing Udang dengan kerjasama Persatuan Kenu Sarawak, Polis Marin, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak sebagai penganjur utama Sambutan Hari Air Sedunia yang berlangsung pada 27 & 28 April 2024. Taklimat pertandingan dan keselamatan di sungai telah diberikan kepada para pemancing dan pertandingan memancing bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari yang disertai oleh lebih kurang 100 orang memancing menggunakan bot dan kawalan keselamatan di sungai dikawal selia oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Polis Marin dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak. Juara pertandingan memancing udang milik Encik Zainal Abidin bin Noh dengan memperolehi berat udang galah 0.178kg, tempat ke 2 (dua) Encik Saman Mieso dan tempat ke (tiga) Encik Shaifol Nawi dan 5 pemenang saguhati serta 5 cabutan bertuah khas kepada peserta memancing sahaja. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) dan diiringi YBhg Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia, YBhg. Dato’ Mohamad Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam. Turut hadir ialah Yang berusaha Encik Angga Maga wakil Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Nur Hariq bin Hamzah wakil Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak dan para jemputan serta peserta pentandingan memancing udang.
Vision: To Be The Lead Agency In River Management In Ensuring Safe, Clean And Natural Rivers
Mission: To Ensure Safety And Cleanliness Of Rivers Through Effective Enforcement And Efficient Service Delivery
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my