Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
Penjawatan yang ditawarkan :
1.SETIAUSAHA PEJABAT, GRED N5 -
1 Kekosongan [JBC]
2.PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N5 -
1 KEKOSONGAN [JBC]
3.PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED KP5 -
1 KEKOSONGAN [JBC]
4.PEMBANTU LAUT, GRED A1 -
4 KEKOSONGAN [JBC]
5.PEMBANTU PENGUATKUASA, GRED KP1 -
9 KEKOSONGAN (LELAKI SAHAJA) [JBC]
6.PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1-
6 KEKOSONGAN [JBC]
i. PEMANDU BOT -
3 KEKOSONGAN
ii. PEMANDU KENDERAAN-
1 KEKOSONGAN
iii.PEMBERSIH PEJABAT-
2 KEKOSONGAN
SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN FAIL
Cara Memohon:
| i. |
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. |
| ii. |
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan. |
| iii. |
Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan. |
| iv. |
Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon. |
Tarikh Tutup Iklan: 13 Julai 2026 (Isnin)