. 15/08
Seluruh warga kerja Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah Kepada LEFTENAN KOLONEL DING TIEW WONG (BERSARA) Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Di atas pengurniaan DARJAH UTAMA YANG AMAT MULIA BINTANG KENYALANG SARAWAK PINGAT PEGAWAI BINTANG KENYALANG (P.B.K) Pada istiadat Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak Di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, Petrajaya, Kuching 15 Ogos 2024
. 06/08
Tarikh: 8 Ogos 2024 Masa: 2.30 petang Tempat: Ibu Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Electra House, Kuching Rombongan Unit Keselamatan dan Penguatkusaan Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Chai Kin Chung, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) bersama Encik Paul Khiu Khon Khiang, Timbalan Pengarah, Sarawak Coastguard, telah membuat kunjungan ke Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) pada 8 Ogos 2024. Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memahami secara lebih dekat fungsi dan peranan LSS serta perbincangan kolaborasi yang lebih erat aspek operasi mahupun latihan dua hala. Bersempena dengan kunjungan ini, satu taklimat ringkas pengoperasian LSS telah diberikan dan disusuli dengan sesi perkongsian pengurusan dan pengoperasian antara kedua-dua pihak. Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata di antara LSS dan UPKS. Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Lt Kol. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller LSS dan barisan pengurusan LSS.
. 10/08
Sila klik disini untuk gambar seterusnya Tarikh: 10 Ogos 2024 Tempat: Rumah Mual, Kampung Ensungai, Medamit, Limbang Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), Unit Heritage Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian Limbang, Wilayah III, Miri dan Majlis Daerah Limbang (MDL) telah menganjurkan Program Pendidikan Keselamatan dan Kebersihan di Kampung Ensungai, Medamit, Limbang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Paulus Palu Anak Gumbang ADUN N.80 Batu Danau, Limbang yang mewakili Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), majlis ini juga telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS merangkap ADUN N43 Daro. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk rumah panjang sekitar Limbang dan khasnya komuniti penduduk Rumah Mual, Kampung Ensungai, Medamit, Limbang tentang kepentingan keselamatan serta kebersihan di sungai. Pada masa yang sama ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi antara Jabatan/Agensi Kerajaan di dalam memastikan aspek keselamatan dan kebersihan sungai di kampung Ensungai terjamin. Program ini dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan aktiviti komuniti gotong-royong membersih kawasan dan terbingan sungai dan membina perangkap sampah di hulu rumah panjang Ensungai oleh penduduk rumah panjang. Ceramah tentang kepentingan kesedaran awam kebersihan dan keselamatan Sungai diadakan pada sebelah petang yang dihadiri oleh penduduk rumah panjang kampung Ensungai dan sekitarnya. Antara tajuk ceramah adalah Kepentingan Menjaga Keselamatan dan Kebersihan Sungai ceramah disampaikan oleh pegawai LSS, ceramah berkaitan Pencemaran Alam Sekitar oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sarawak (NREB) dan ceramah terakhir bertajuk Penyakit Berjangkit Kesan Pencemaran Sungai oleh Jabatan Kesihatan, Bahagian Limbang. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua rumah Encik Mual Anak Bau, Kampung Ensungai, Medamit, Limbang, ucapan Yang Berhormat Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS dan ucapan perasmian oleh YB Dato Paulus Palu Anak Gumbang yang mewakili Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (sungai dan Laut) dalam ucapan perasmian beliau menekankan pentingnya Program Pendidikan Keselamatan dan Kebersihan Sungai ini dan ianya merupakan inisiatif, komitmen serta usaha berterusan Kerajaan Sarawak melalui LSS. Perancangan dan pelaksanaan aktiviti kempen adalah dengan membabitkan komuniti setempat (Community Engagement) dan yakin tahap kesedaran awam dapat ditingkatkan dengan berkesan melalui pendekatan pembabitan secara langsung komuniti setempat dan seterusnya dapat memastikan pencapaian objektif yang disasarkan. Turut hadir menjayakan program ini ialah Lt Kol. Ding Tiew Wong, Controller LSS, Tuan Sulaiman Bin Engai, Pegawai Daerah Limbang ,Tuan Mohammad Syamil Bin Jumain, wakil Setiausaha Majlis Daerah Limbang, Encik Mual Anak Bau, Ketua rumah Ensungai, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan penduduk rumah Panjang Mual, Kampung Ensungau serta penduduk kampung berdekatan. Akhir majlis YB Dato Paulus Palu Anak Gumbang, YB Tuan Haji Safiee Bin Haji Ahmad telah menyerahkan 35 jaket keselamatan dan cenderahati kepada ketua-ketua kampung sekitar kampung Ensungai. Seramai 200 peserta program telah hadir terdiri dari penduduk-penduduk kampung berdekatan dan jemputan khas. Kesemua peserta menyambut baik program yang dianjurkan dan mencadangkan program yang sedemikian turut diadakan pada masa akan datang.
Vision: To Be The Lead Agency In River Management In Ensuring Safe, Clean And Natural Rivers
Mission: To Ensure Safety And Cleanliness Of Rivers Through Effective Enforcement And Efficient Service Delivery
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my