. 17/08
Please Click Here To View Album 8 Ogos 2026, Song – Program Kesedaran Keselamatan dan Kebersihan Sungai telah diadakan selama dua (2) hari di Rumah Jerukan, Teluk Jelapik, Katibas Hilir, Song, dengan anggaran penyertaan seramai 200 orang penduduk rumah panjang di kawasan sekitar. Program yang dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan, kebersihan dan kelestarian sungai ini melibatkan pengisian program pada hari pertama melalui sesi ceramah dan perkongsian kesedaran oleh beberapa agensi, termasuk Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Kapit), Jabatan Pengairan dan Saliran (Kapit), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kapit), Majlis Daerah Kapit serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Song). Majlis perasmian telah disempurnakan pada hari kedua oleh Yang Berhormat Encik Lidam Anak Assan, ADUN N.62 Katibas. Dalam ucapannya, beliau menyambut baik penganjuran program seumpama ini dan menggalakkan agar program kesedaran keselamatan dan kebersihan sungai dapat diteruskan pada masa akan datang. Menurut beliau, program sebegini penting dalam memupuk kesedaran orang awam, khususnya komuniti rumah panjang yang terletak berhampiran sungai, mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian sungai untuk kegunaan bersama dan generasi akan datang. YB Encik Lidam turut mencadangkan supaya kerjasama berterusan dapat diwujudkan bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong pembersihan sungai pada masa akan datang. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap penyediaan keperluan keselamatan seperti jaket keselamatan serta penggunaan bot bagi memastikan aktiviti pembersihan sungai dapat dilaksanakan dengan lebih selamat dan teratur. Selain aspek kebersihan sungai, YB Encik Lidam turut menggalakkan penglibatan pemandu bot sampan dan bot penumpang yang masih aktif di kawasan Song untuk menyertai kursus keselamatan pengendalian dan pemanduan bot. Langkah ini dilihat penting bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran para pengendali bot terhadap aspek keselamatan di sungai, sekali gus membantu mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan keselamatan pengguna sungai sentiasa terpelihara. Program ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai agensi dan komuniti setempat dalam memperkukuhkan kesedaran terhadap keselamatan sungai serta memelihara kebersihan dan kelestarian sungai sebagai sumber dan laluan penting bagi masyarakat setempat. Turut hadir Puan Phlomina Chura, Pegawai Laut selaku wakil Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Encik Harry Bruce Edwin, Pegawai Daerah Song; pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai agensi, ketua-ketua kaum dan masyarakat serta tuai-tuai rumah.
. 10/08
Date: 7 August 2026 (Friday) An official visit was conducted by PETROS, together with the main contractors, BMECH Engineering Sdn. Bhd. and Kejuruteraan Gemilang Jaya Sdn. Bhd., to the SRB Miri Office. The purpose of the visit was to provide a briefing on the proposed projects, discuss the implementation plans, and seek feedback from SRB regarding any requirements, regulatory matters, jurisdictional authority, approvals, and compliance with the applicable rules and procedures under SRB.
. 10/08
Please Click Here To View Album Marudi, Sarawak | Regatta Baram 2026 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah III, Miri telah dilantik sebagai agensi teknikal dalam menjayakan penganjuran Regatta Baram 2026 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 Julai 2026, iaitu sebuah acara berprestij yang menghimpunkan komuniti setempat, agensi kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam memartabatkan warisan sukan air serta budaya masyarakat di Baram. Majlis perasmian Regatta Baram 2026 telah disempurnakan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg, Premier Sarawak, yang sentiasa komited dalam memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar serta memelihara warisan budaya negeri Sarawak. Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan sungai dan keselamatan navigasi, LSS Wilayah III, Miri telah menggerakkan pasukan teknikal bagi memastikan keseluruhan penganjuran berlangsung dengan selamat, teratur dan lancar. Antara tanggungjawab utama yang dilaksanakan adalah pemeriksaan laluan perlumbaan, penyelarasan aspek keselamatan navigasi, kawalan pergerakan vesel, pemantauan operasi di sepanjang laluan regatta serta penyediaan khidmat nasihat teknikal kepada Jawatankuasa Penganjur. Kejayaan Regatta Baram 2026 merupakan hasil kerjasama erat antara Pejabat Daerah Marudi selaku penganjur utama bersama Jawatankuasa Induk Regatta Baram 2026, semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pejabat Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pusat Khidmat, Residen Bahagian Miri, Pusat Pembangunan Komuniti (PDK), KMKK, ketua-ketua masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak media serta semua pihak yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung. LSS Wilayah III, Miri sentiasa komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama semua pihak dalam memastikan setiap aktiviti sungai di Sarawak dilaksanakan secara selamat, cekap dan mampan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri.
. 10/08
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah III, Miri telah menyertai Majlis Bandaraya Miri (MBM) siri Program Gotong-Royong Kempen Pembersihan Kampung Angkat LA21/SDG 2026 serta Program Green Heroes Community Tour 2026: Jelajah Komuniti Lestari Miri. Program ini telah diadakan di beberapa lokasi terpilih sekitar Bandar Raya Miri, iaitu pada 11 Julai 2026 di Piasau Jaya, 18 Julai 2026 di Kampung Pujut Adong dan 25 Julai 2026 di Kampung Pangkalan Lutong. Sepanjang penganjuran program tersebut, LSS Wilayah III telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk penyediaan pameran berkaitan fungsi dan peranan LSS, penyampaian ceramah kesedaran mengenai aspek keselamatan pelayaran, pemuliharaan sungai serta kepentingan menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar. Selain itu, warga LSS turut mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, penanaman pokok serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat. Penglibatan LSS dalam program ini membuktikan komitmen berterusan agensi dalam menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di samping meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan sungai sebagai aset semula jadi yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. Program ini turut menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta serta komuniti setempat. Penyertaan dan kerjasama erat daripada semua pihak ini telah menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan pelbagai aktiviti berteraskan kebersihan, kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti sekali gus merealisasikan agenda pembangunan yang inklusif, lestari dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Local Agenda 21 (LA21) dan Sustainable Development Goals (SDG).
. 10/08
Please Click Here To View Album KUCHING, 21 July 2026 – An engagement session with Sarawak Energy Berhad (SEB) on the proposed Mapai–Tondong 3rd and 4th 500kV Transmission Line Project was held at the Sarawak Rivers Board (SRB) Headquarters to discuss the project development progress and regulatory requirements relating to the proposed construction of overhead electric cable crossings over major rivers in Sarawak. The session was chaired by the Asst. Controller (Enforcement and Legal), representing the Controller of SRB, and attended by senior officers from the Riverine Safety, Enforcement and Legal Sections and SRB Region I, Kuching. SEB presented an overview of the proposed 500kV transmission line project, which will extend approximately 368 kilometres from Mapai, Kanowit to Tondong, Bau, crossing 11 rivers across seven divisions in Sarawak. SEB also informed that the project is currently in the process of appointing a consultant to conduct the feasibility study as required by the State Planning Authority (SPA), the study outcome to serve as a reference for further project planning and implementation. During the discussion, SRB highlighted that all proposed works within rivers and riverbank reserves must comply with the provisions of the Sarawak Rivers Ordinance, 1993 and its subsidiary regulation, particularly requirements relating to navigation safety, protection of river facilities, and river cleanliness management. SRB further advised SEB that upon completion of the feasibility study and during the implementation stage, the Project Proponent or appointed Contractor shall obtain SRB approval by submitting the required engineering drawings, supporting documents, prescribed fees, and conducting a joint site inspection. SRB will provide comments and recommendations based on the inspection findings to ensure compliance with the relevant requirements. The engagement session concluded with constructive discussions, reaffirming the commitment of both parties to ensuring the project is implemented in compliance with statutory requirements while safeguarding navigation safety and supporting the sustainable management of Sarawak’s waterways.
. 10/08
Tarikh: 27 Julai 2026 Lawatan Kebajikan di kediaman kakitangan untuk penyerahan cek pampasan insuran polisi Group Term Life kepada Encik Dazuki Khajmi bin Hipni, Pembantu Penguat Kuasa, Pejabat LSS Sebuyau telah disampaikan oleh Controller LSS, Lt. Kol. Ding Tiew Wong (Bersara). Ini adalah salah satu polisi perlindungan yang disediakan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak selaku majikan di dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga hal-hal kebajikan para kakitangan dan juga sebagai persediaan di dalam membantu meringankan beban kakitangan sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini menimpa mereka ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Turut hadir bersama wakil pengurusan dan pegawai LSS.
. 10/08
23 Julai 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan Draf Klasifikasi Fail LSS telah diadakan bersama pihak PUSTAKA. Sesi perbincangan ini merupakan salah satu langkah persediaan LSS dalam melaksanakan Klasifikasi Fail yang selaras bagi memastikan pengurusan rekod dan dokumen dapat dilaksanakan secara lebih teratur, sistematik dan berkesan. Perbincangan tersebut juga menjadi platform untuk meneliti serta menambah baik draf klasifikasi fail agar selaras dengan keperluan pengurusan rekod yang berkesan. LSS merakamkan penghargaan kepada pihak PUSTAKA atas kerjasama dan perkongsian pandangan yang diberikan dalam menjayakan sesi perbincangan ini.
. 21/07
SIBU, 17 July 2026 – The Sarawak Rivers Board (SRB) conducted a Site Meeting and Site Handing Over for the Maintenance Dredging Works to Remove Sediment at the R.C. Pontoon Wharf, Pulau Babi, Sibu. The session was led by the Asst. Controller (Riverine Safety), the Superintending Officer (S.O.) for the project, together with the appointed Contractor, Sara-Chem Sdn. Bhd. Also in attendance were the Civil Engineer and Asst. Enforcement Officer from SRB Region II, Sibu, and the Contractor’s engineer and technical team. The session marked the official commencement of the project and included discussions on the scope of works, implementation schedule, contractual obligations, and safety requirements to ensure the successful execution of the works. The maintenance dredging works are undertaken to remove sediment at the R.C. Pontoon Wharf, Pulau Babi, Sibu, in order to restore the required navigable water depth, enhance navigational safety, and maintain the operational functionality of the berthing facility. To facilitate the safe execution of the works, a Riverine Notice was issued to notify the shipping community, masters, and river users that the temporary closure of the R.C. Pontoon Wharf, Pulau Babi, Burung Apu R.C. Wharf, and R.C. Pontoon Arang Wharf will take effect from 23 July 2026 for a period of six (6) months. The notice also seeks their full cooperation in complying with the instructions issued by the officer on duty, proceeding with extreme caution, and reducing speed when passing through the vicinity of the worksite to prevent any untoward incidents. During this period, all vessel operations, including loading and unloading activities, will be temporarily relocated to Ding Lik Kong Wharf, Sungai Merah, Sibu. During the execution of the works, SRB emphasised that the Contractor shall adhere to the requirements set by the relevant agencies, implement all necessary safety measures, and prioritise safety and environmental cleanliness to maintain safe and clean river conditions. The implementation of this project reflects SRB’s commitment towards safe, clean, and sustainable rivers for Sarawak by ensuring that its riverine transport and facilities remain safe, affordable, and reliable in supporting the operational needs of the shipping community, river users, and the general public.
. 20/07
KUCHING, 14 July 2026 – The Sarawak Rivers Board (SRB) held an engagement session with the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) Sarawak Region. delegation was led by Kepten Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa, Deputy Director of Maritime Operations, Sarawak Region, accompanied by his entourage. The session was chaired by the Assistant Controller (Enforcement and Legal), representing the Controller of SRB and attended by senior officers from the respective divisions. The engagement session comprehensively discussed matters related to strengthening inter-agency cooperation with relevant agencies, enhancing coordination, and fostering mutual understanding of respective functions, jurisdictions, and responsibilities, particularly in relation to navigational safety, enforcement activities, and the effective management of rivers in Sarawak. Among the key matters discussed was the ongoing construction of bridge across Sungai Sarawak at Sejingkat, Kuching Division, particularly the temporary headroom restriction during the bridge span stitching phase, which restricts vessels with an air draft exceeding 20 meters, including MMEA Offshore Patrol Vessel (OPV 1) KM Tun Fatimah, from transiting the area. The bridge is tentatively scheduled for completion in October 2026 with a vertical clearance of 26 meters above Mean Higher High Water Level (MHHWL) and adequate Aids to Navigation (AtoN) to ensure safe navigation. SRB highlighted that it continues to enforce the restriction through the issuance of Riverine Notices, provide guidance to the shipping community and river users, and closely monitor and coordinate with the project owner, contractor, MTRA consultant, and relevant agencies to ensure compliance with navigational safety requirements. The engagement session signifies SRB’s continued commitment to strengthening strategic partnerships towards achieving safe, clean, and sustainable rivers for Sarawak.
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my