| Majlis Penyerahan "Letter Of Acceptance" bagi Projek " The Proposed New Jetty Structures At The Existing R.C Pontoon Wharf, Temple Street, Sibu" Tarikh: Menteri Pengangkutan Sarawak,Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin telah menyaksikan majlis penyerahan “ Letter of Acceptance” kepada kontraktor yang berjaya bagi melaksanakan projek “ The Proposed New Jetty Structures At The Existing R.C Pontoon Wharf, Temple Street, Sibu ” bertempat di Terminal Penumpang Sibu. |
| | PELANCARAN PROGRAM MEMBERSIH SUNGAI MIRI SECARA "ONE-OFF" Tarikh: PELANCARAN PROGRAM MEMBERSIH SUNGAI MIRI SECARA "ONE-OFF".
Tarikh : 12 Disember 2020
Tempat : Jeti Nelayan, Kampung Piasau Utara, Miri
Simbolik perlancaran program telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N75 Senadin dengan mengutip tumbuh-tumbahan air di Sungai Miri.
Objektif program ini untuk membersih dan membuang tumbuh-tumbuhan air (water hyacinth, water weeds, water kale) di sepanjang Sungai Miri secara one-off. Jarak pembersihan ini adalah 15 km dari muara Sungai Miri ke Jambatan Pujut Bypass.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak; Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller; Tn. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri) dan pegawai Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri serta pekerja kontraktor yang dilantik. |
| | PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI di Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong, Miri Tarikh: PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI.
Tempat : Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong, Miri.
Tarikh : 12 Disember 2020
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin.
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan kebersihan dan keselamatan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung. Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak.
Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Toni Douglas Noping dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan Encik Slyvester utau Ak. Meringai dari Majlis Bandaraya Miri ceramah yang bertajuk Kempen "Say No To Plastic".
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. Datu Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller; Tn. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri); En. Nasir Bin Haji Abdul Rahim, Penghulu Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Datuk Lee Kim Shin dengan menyerahkan beberapa tong sampah kepada Penghulu Kampung Tudan Fasa 4 & 5 Lutong. Selain itu penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati kepada penceramah
Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 241 kg. Seramai 150 peserta program telah hadir terdiri daripada ahli SDGS yang terdiri daripada beberapa Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS dan MBM dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri) dan Majlis Bandaraya Miri serta ahli SDGs yang terlibat. |
| | Lawatan Ke Raptai Pengoperasian Sistem Telemetri Dan Bilik Operasi Baraj Sungai Sarawak, Sejingkat, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Tarikh: 13 Nov 2020 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak telah mengadakan raptai Pengoperasian Sistem Telemetri Stesen di SJK (C) Chung Hua No.6 Sungai Maong untuk melihat sistem amaran banjir di kawasan tersebut berfungsi dengan baik. Sistem amaran banjir di telemetri stesen akan mengeluarkan bunyi siren amaran apabila taburan air hujan dan paras air sungai melebihi had amaran dan data akan diterima oleh pusat kawalan stesen telemetri di bilik operasi Baraj Sungai Sarawak |
| | Pertandingan Race On Fire Sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Tarikh: 13 Oct 2020 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Wilayah III, Miri telah menghantar pasukan ke pertandingan Race On Fire yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri. Pasukan ini diketuai oleh Pn. Carol Bungan Leo dan ahli pasukan- Mohd Haris, Laga Demong dan Bridget Do. Pertandingan ini adalah sempena Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak dan dan LSS mendapat tempat ke 4 dari 12 pasukan yang bertanding.
Syabas dan tahniah kepada pasukan yang terlibat |
| | PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI DI KAMPUNG SENADIN JAYA Tarikh: PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI.
Tempat : Kampung Senadin Jaya, Lutong
Tarikh : 3 Oktober 2020
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N.75 Senadin.
Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung.
Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak tadika.
Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Ungai Ak Bandang dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan Encik Richard Lejau dari Majlis Bandaraya Miri ceramah yang bertajuk Home Composting From Kitchen to Garden.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. En. Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller; En. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Bahagian Miri; En. Morsidi Frederick, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri); Puan Raamah Bt. haji Hamdan, Ketua Kampung Senadin Jaya, Lutong, Ketua/Wakil Jabatan/Agensi Kerajaan, Kaunselor dari Majlis Bandaraya Miri serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Miri.
Simbolik perasmian program ini disempurnakan oleh YB Datuk Lee Kim Shin dengan menyerahkan 4 tong sampah dan jaket keselamatan kepada JKKK Kampung. Selain itu penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati kepada penceramah.
Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 562 kg. Seramai 150 peserta program telah hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli SDGs Miri dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri) dan Majlis Bandaraya Miri serta Agensi Kerajaan/NGO yang terlibat. |
| | PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI Tarikh: 14 Sep 2020 PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI
Tempat : Kampung Pujut Tanjung Batu, Miri
Tarikh : 12 September 2020
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, merangkap ADUN N.75 Senadin. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan kawasan kampung. Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak tadika dan sekolah rendah. Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Mohd. Haris Bin Mohd Osman dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan ceramah seterusnya disampaikan oleh Encik Boniface Ak. Sup dari Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang Penyakit Demam Denggi Dan Vektor Pembawa; ceramah ketiga oleh Encik Richard Lejau dari Majlis Bandaraya Miri ceramah yang bertajuk Home Composting From Kitchen to Garden.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak; YBhg. En. Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller; En. Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf, Pemangku Residen Bahagian Miri; En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri); Tn Hj. Usman Bin Hj. Suleiman, Ketua kampung Pujut Tanjung Batu Miri, Kaunselor dari Majlis Bandaraya Miri serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Miri.
Simbolik perasmian program ini YB Datuk Lee Kim Shin menyerahkan beberapa tong sampah kepada JKKK Kampung dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati kepada penceramah. Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 746.5 kg.
Seramai 230 peserta program telah hadir terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli SDGs Miri dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri) dan Majlis Bandaraya Miri serta Agensi Kerajaan/ NGO yang terlibat.
Jumpa lagi pada program akan datang di Kampung Masjid, Kuala Baram. |
| | PROGRAM KESEDARAN AWAM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SUNGAI Tarikh: 05 Sep 2020 Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (Wilayah III, Miri) telah berjaya menganjurkan program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, merangkap ADUN N.75 Senadin. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran awam kepada penduduk kampung/ masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai. Program dimulakan dengan senam robik sebelum aktiviti gotong royong membersihkan sungai dan kawasan kampung. Beberapa pertandingan telah dijalankan seperti kutipan sampah terbanyak dan mewarna dikalangan kanak-kanak dan warga emas. Selain itu ceramah kesedaran awam juga telah disampaikan oleh Encik Toni Douglas dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Miri yang bertajuk Kepentingan Dan Kebersihan Sungai Warisan Kita Bersama dan ceramah seterusnya disampaikan oleh Cik Hawiena binti Husaini dari Lembaga Sumber Asli Dan Alam Sekitar, (NREB) yang bertajuk Pembakaran Terbuka.
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Dr. Murni Bin Suhaili, Pengerusi, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, YBhg. Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan Sarawak, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara) Pemangku Controller, En. Morshidi Frederick, Setiausaha, Majlis Bandaraya Miri, En. Leonard Luhat Laing, Assistant Controller (Wilayah III, Miri), Encik Mohamad Yusop Bin Haji Sulaiman, Ketua kampung Batu 1, Kuala Baram.
Majlis diakhiri dengan majlis penyerahan jaket keselamatan kepada penduduk kampung dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kutipan Sampah Terbanyak, Pertandingan Mewarna dan Cenderahati. Jumlah sampah yang dikutip dalam program ini dianggarkan lebih kurang 860 kg.
Seramai 150 peserta program telah dihadiri terdiri daripada Agensi Kerajaan/ Institut Latihan/ NGO dan penduduk kampung. Maklum balas dari penduduk kampung amat menghargai kehadiran LSS serta ahli-ahli SDGs Miri dalam menganjurkan program sebegini dan menyeru diadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas warga LSS (Wilayah III,Miri), Agensi Kerajaan/ NGO serta semua peserta yang terlibat.
Jumpa lagi pada program akan datang. |
| | LAWATAN KERJA YB DATUK LEE KIM SHIN, MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK KE SUNGAI SARAWAK BARRAGE DAN SHIPLOCK, LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK. Tarikh: 11 Aug 2020 Pada 11 Ogos 2020, lawatan kerja Menteri Pengangkutan Sarawak dimulakan dengan mendengar taklimat disampaikan oleh Pengurus Besar Kuching Barrage Management Sdn. Bhd. iaitu Captain Pui Voon Sen dan taklimat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak yang disampaikan oleh Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara). Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) akan mengemaskini operasi Barrage and Shiplock Sungai Sarawak dalam usaha menambahbaik perkhidmatannya dan pada masa yang sama mengurangkan kos operasi. Pada masa ini operasi Barrage dan Shiplock dikendalikan mengikut keperluan semasa dan keadaan tersebut telah menyumbang kepada kos penyelengaraan yang tinggi setiap tahun. Walaubagaimanapun, LSS perlu memastikan agar Barrage dan Shiplock sentiasa berada dalam keadaan terbaik pada setiap masa khususnya bagi mengawal keadaan paras air di Sungai Sarawak untuk mengurangkan kejadian banjir di Bandaraya Kuching. |
| | KEMPEN KKESEDARAN AWAM KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SUNGAI Tarikh: 29 Jun 2020 Tempat : New Limbang Custom Wharf Main Bazaar, Limbang
Tarikh : 29 Jun 2020(Isnin)
Masa : 10:00pagi - 15:00 petang
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Limbang, Wilayah III Miri telah menjayakan program ini yang dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk di Limbang khususnya kepada Bot-Bot Penambang tentang kepentingan keselamatan dan kebersihan di sungai.
Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Cik Diana Essa dari Majlis Daerah Limbang yang bertajuk Pengurusan Sisa Pepejal, ceramah seterusnya disampaikan oleh Encik Hamzah Bin Aji dari Jabatan Laut Wilayah Sarawak yang bertajuk Prosedur Asas Pelesenan dan Shamsul Bin Awang Damit juga dari Jabatan Laut Wilayah Sarawak yang bertajuk Pendaftaran Pelaut dan Sijil Kekompetenan Mate Domestic (Restricted) dan ceramah terakhir disampaikan oleh Encik Abdul Rahman Shah dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Bahagian Limbang yang bertajuk Fungsi LSS, Keselamatan Pengangkutan Sungai & Keperluan River Transport Permit(RTP).
Turut hadir menjayakan program ini ialah YBhg. Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak; Encik Teo Siew Ann, Pegawai Tugas Khas, Kementerian Pengangkutan Sarawak; Tuan Haji Sebi Bin Haji Abang, Timbalan Residen Limbang; Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Encik Leonard Luhat Laing, Assistant Controller, Wilayah III Miri.
Seramai 100 peserta program telah hadir terdiri daripada pelbagai Agensi Kerajaan, Ketua Kaum serta ahli-ahli Persatuan Penambang Limbang yang berjumlah 30 peserta dari 4 kampung iaitu Kampung Seberang Kedai, Kampung Limpaku Pinang, Kampung Pengkalan Rejab dan Kampung Belatak di sekitar Limbang.
Maklum balas dari penduduk kampung dan peserta Persatuan Penambang Limbang amatlah menghargai Kempen Kesedaran Awam Keselamatan dan Kebersihan ini dan menyeru Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk mengadakan lagi pada masa depan.
Tahniah dan syabas kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Limbang dan Wilayah III Miri serta peserta/agensi yang terlibat. |
|
|