. 02/01
Please Click Here To View Album Kuching, 17 Disember 2025 – Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang 2025 di Imperial Hotel, Kuching bagi menghargai sumbangan dan jasa warga kerja LSS. Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Berusaha Lt. Col. Ding Tiew Wong (Bersara), Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, yang merakamkan penghargaan kepada seluruh warga LSS atas komitmen dan kerjasama berterusan dalam melaksanakan amanah organisasi. Majlis ini turut meraikan Ahli Jemaah Lembaga bagi sesi 2022/2023, serta menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 kepada 19 orang penerima. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima APC atas kecemerlangan dan dedikasi yang ditunjukkan. LSS juga merakamkan penghargaan kepada pegawai yang bersara, En. Dolhan Bin Wasli dan En. Ismadi Bin Abdullah yang bakal bersara pada Januari 2026, sebagai tanda penghormatan atas jasa dan khidmat bakti mereka. Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Haji Safiee bin Haji Ahmad, Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, yang dalam amanatnya menekankan kepentingan integriti, komitmen dan semangat berpasukan dalam memastikan pengurusan sungai di Sarawak kekal selamat, bersih dan lestari. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam dan persembahan hiburan dalam suasana penuh penghargaan dan kebersamaan.
. 02/01
Please Click Here To View Album Sambutan Pra Krismas Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 12 Disember 2025 bertempat di Ibu Pejabat LSS. Program ini bertujuan memupuk semangat kekeluargaan, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga kerja LSS. Antara aktiviti utama yang dianjurkan termasuk pertukaran hadiah, rumah terbuka di setiap tingkat pejabat, serta aktiviti karaoke yang menceriakan suasana dan menggalakkan interaksi mesra antara kakitangan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dr. Haji Safiee Bin Haji Ahmad, Pengerusi LSS, yang telah menyampaikan amanat kepada warga LSS. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan nilai kebersamaan, saling menghormati serta komitmen berterusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi kecemerlangan organisasi. Sambutan ini bukan sahaja membawa kegembiraan menjelang musim perayaan, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga LSS.
. 15/12
Please Click Here To View Album KUCHING, 9th December 2025 – The Sarawak Rivers Board (SRB), led by the Controller, Lt. Col. Ding Tiew Wong (Retired), together with senior officers, received a delegation from the Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) at the Sungai Sarawak Barrage, as part of the implementation of the Pelan Pengurusan Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Langat, Sungai Klang dan Sungai Selangor (2022-2030). The Benchmarking Programme aimed to observe best practices and river management approaches implemented by SRB, particularly in river safety, activity regulation, enforcement, as well as river operations and traffic management. The LUAS delegation was led by Mdm. Haslina Binti Amer, Senior Assistant Director, River and Coastal Basin Management Division, LUAS, along with technical officers from relevant departments/agencies involved in the implementation of the IRBM Plan in Selangor. The official briefing was delivered by Lt. Col. Ding Tiew Wong (Retired), covering SRB’s role in supervising river operations in Sarawak, strategies for safety management and activity regulation, as well as an overview of the Sungai Sarawak Regulation Scheme (SSRS). The Benchmarking Programme provided a platform for knowledge and experience sharing between the two agencies, strengthening technical collaboration to enhance the effectiveness of integrated and sustainable river basin management. SRB expressed its appreciation to LUAS for the visit of the delegation and hopes that such strategic cooperation will continue in the future.
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my