. 14/05
KUCHING, 8 Mei 2026 – Pejabat Residen Bahagian Kuching dengan kerjasama Malaysian Dragon Boat Federation telah menganjurkan Kursus Kehakiman Sarawak Regatta 2026 pada 7 hingga 8 Mei 2026 di Kuching. Kursus ini melibatkan penyertaan daripada agensi kerajaan yang terlibat dalam penganjuran Sarawak Regatta bagi memperkukuhkan kefahaman berkaitan aspek penghakiman, peraturan pertandingan dan keselamatan acara regatta. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak turut berperanan sebagai Jawatankuasa Teknikal dalam memastikan penyelarasan teknikal dan kelancaran pelaksanaan kursus. Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan tahap profesionalisme serta memperkukuh kerjasama antara agensi dalam memastikan Sarawak Regatta dilaksanakan dengan lebih teratur, selamat dan berkesan.
. 12/05
22nd April 2026 – The Sarawak River Board (SRB) received a courtesy visit from SPX Aids to Navigation Pty Ltd (SEALITE). The delegation was led by Mr. Jordon Holcomb, SEALITE Regional Sales Manager, accompanied by Mr. Lawrence Pok, Business Development Manager (Marine – Asia). The delegation was received by Lt. Col. Ding Tiew Wong (Rtd), together with SRB officers. The visit aimed to strengthen strategic collaboration in the field of Aids to Navigation (AtoN) and to exchange views on the latest technological developments in maritime navigational safety management. The discussion also highlighted the introduction of next-generation IoT-based platforms for real-time digital monitoring of AtoN assets, enabling enhanced situational awareness and operational efficiency. In addition, the delegation presented and introduced SABIK solutions as part of an integrated smart navigation system, offering advanced capabilities for remote monitoring, data-driven decision-making, and improved reliability of navigational aids. These innovations are expected to further enhance the safety and efficiency of waterways within Sarawak. SRB values the engagement and looks forward to further strengthening the cooperation between both parties in the future, towards ensuring a more efficient and safe management of maritime navigation.
. 12/05
22nd April 2026 – The Sarawak River Board (SRB) received a courtesy visit from PETROS Kuching. The meeting was chaired by Mr. Leo Nanang, representing Controller of SRB, and was attended by SRB officers. The discussion focused on the “Petros Kuching Low-Carbon Hub” project, which involves submarine cable installation works. PETROS sought technical input and clarification from SRB, particularly in relation to navigational safety considerations and regulatory requirements within the affected riverine and waterway areas. SRB welcomed the engagement as a strategic platform for collaboration, ensuring that infrastructure development projects are implemented in an orderly and safe manner, while maintaining compliance with navigational safety requirements within Sarawak’s waterways.
. 12/05
28–29 April 2026 – Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan kerjasama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Sarawak Energy Berhad dan Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) telah menganjurkan Program Latihan Mate <500GT Domestic Voyage (Restricted – Sarawak Port Limit & Riverine Only) selama dua hari di Batang Ai. Program ini disertai oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha bot dari kawasan Batang Ai dan Lubok Antu. Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kompetensi serta pengetahuan pengendalian bot dalam kalangan pengusaha tempatan, khususnya dalam aspek keselamatan pelayaran, pematuhan peraturan maritim, dan kecekapan operasi di perairan sungai. Melalui program ini, para peserta didedahkan kepada modul latihan yang merangkumi aspek teori dan praktikal selaras dengan keperluan pensijilan Mate <500GT bagi pelayaran domestik terhad. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa industri pengangkutan air di Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman yang bergantung kepada pengangkutan sungai sebagai mod utama perhubungan. Penganjuran program ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pengendali bot yang berkelayakan, berdisiplin serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat dan pembangunan sektor pengangkutan air negeri.
. 29/04
Please Click Here To View Album Pada 27 April 2026, satu operasi khas di bawah OPS TIRIS 4.0 telah dilaksanakan melibatkan kerjasama antara Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wikayah III Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang dalam membantu pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia(PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNK), Bahagian Miri serta agensi-agensi berkaitan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap “skid tanks” di wharf dan jeti milik persendirian di Bahagian Miri. Operasi ini diketuai oleh Pembantu Penguatkuasa (PP) En. Wan Ilham Bin Wan Ahmad bersama anggota Pembantu Penguatkuasa Bahagian Miri yang terdiri daripada PP Abd. Rahman Bin Majid, PP Ungai Ak Bandang, PP Johnny Ak Jelani dan PP Abednego Ujang. Pemeriksaan dijalankan bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang, syarat lesen, serta garis panduan keselamatan yang berkaitan dengan penyimpanan, pengendalian dan penggunaan bahan petroleum di kawasan wharf dan jeti persendirian. Operasi ini juga bertujuan mengesan sebarang aktiviti penyimpanan haram, penyalahgunaan kemudahan serta risiko keselamatan yang boleh mengancam pengguna sungai, masyarakat setempat dan alam sekitar. Sepanjang operasi, pasukan penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas “skid tanks”, meneliti dokumen berkaitan, status pemilikan serta pematuhan permit yang diperlukan. Pihak pengendali juga diberikan nasihat serta peringatan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya. Pelaksanaan OPS TIRIS 4.0 ini menunjukkan komitmen berterusan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bersama PDRM, KPDNK dan agensi berkaitan dalam memperkukuhkan penguatkuasaan, membanteras aktiviti tidak sah serta memastikan keselamatan operasi di kawasan sungai, wharf dan jeti persendirian sentiasa terpelihara demi kepentingan awam. En. Mohd. Ariffin Bin Haji Bujang selaku Assistant Controller (Wilayah III), LSS Bahagian Miri, Bintulu & Limbang juga telah memanjangkan Ops Tiris 4.0 ini kepada Ketua Bahagian dan Cawangan di bawah seliaan beliau untuk mengambil tindakan yang sama.
. 29/04
Please Click Here To View Album Majlis Sambutan Ramah Tamah Kongsi Raya Aidilfitri antara agensi-agensi Kerajaan di Bangunan Wisma Pelita Tunku, Miri telah berlangsung dengan meriah pada 28 April 2026 bersamaan 10 Zulqaedah 1447 Hijrah. Penganjuran bersama yang memasuki kali ke-4 ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim, semangat kerjasama antara jabatan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya di Bahagian Miri. Majlis ini menghimpunkan enam (6) agensi Kerajaan yang masih beroperasi di Wisma Pelita Tunku, iaitu Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Wilayah III Bahagian Miri, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Veterinar Bahagian Miri serta WPT Management Sdn. Bhd. Bagi tahun 2026, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah majlis, manakala pada tahun sebelumnya, penganjuran telah dikendalikan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS). Pemilihan penganjuran secara bergilir ini mencerminkan komitmen berterusan setiap agensi dalam memupuk persefahaman, semangat berpasukan dan budaya kerja yang harmoni. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas iaitu wakil Residen Bahagian Miri serta Pegawai Daerah yang bersama-sama memeriahkan sambutan dan memberi sokongan terhadap usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi Kerajaan. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah diwakili dan diketuai oleh En. Mohd. Ariffin Bin Haji Bujang selaku Assistant Controller (Wilayah III), Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang. Kehadiran beliau bersama warga LSS menunjukkan komitmen jabatan dalam menjalin hubungan strategik dengan agensi-agensi lain demi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berfokus kepada kepentingan rakyat. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Anthoni Aboi, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri selaku hos penganjur pada tahun ini. Beliau menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat semua agensi yang terlibat serta berharap program seperti ini akan terus menjadi agenda tahunan yang dapat memperkukuhkan semangat perpaduan, persefahaman dan sinergi antara jabatan. Sambutan Kongsi Raya ini bukan sahaja menjadi medan meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan, malah turut menjadi simbol keharmonian, toleransi dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam. Dengan semangat kebersamaan yang terus dipupuk, ia diyakini mampu menyumbang kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cemerlang, efisien dan mesra rakyat di Bahagian Miri.
2nd Floor, Electra House
Power Street,
93000 Kuching, Sarawak
082-234092 / 234093
082-234096
srb@srb.gov.my